Ikan Cencaru atau Ikan Jaket merupakan lauk yang sangat enak bila dibuat masak sumbat. Kebiasaannya ia dikenali dengan nama Ikan Cencaru Sumbat. Pasti ramai penggemar ikan ini kan. Walaupun begitu, tidak ramai yang tahu cara betul untuk memasak ikan ini.
Setiap kali menggoreng ikan ini pasti isi akan terkeluar dan secara automatik ia akan menjadi comot. Malah minyak juga turut menjadi kotor. Nak elak perkara tersebut terjadi? Jom kita ikuti tips yang dikongsikan oleh Al Ulfah II di bawah ini.
Alhamdulillah, rezeki hari ini. Penutup 2021. Tak keluar cabai atau cili bila goreng.
Selepas ini bolehlah anda goreng ikan cencaru sumbat ini tanpa sebarang masalah. Ikuti sahaja tips di atas ini, pasti puas hati punya. Selain ikan cencaru atau jaket, ikan kembung pun boleh dibelah belakang dan letak cili seperti ini.
Namun pastikan anda membeli ikan yang segar dan tak pecah perut serta pilih yang besar-besar. Waktu nak belah belakang tu, pastikan pisau yang digunakan tajam.
Tak tahu nak buat inti sumbat tersebut? Mudah sahaja anda hanya perlu ada cili kering. Cili kering tersebut perlu dipotong dan buang biji. Bawang merah kecil, bawang putih sikit, belacan, air asam jawa pekat dan pes asam adabi. Tambah juga gula, garam dan perasa jika suka. Kisar atau giling dan pastikan jangan cair cili atau inti tersebut.
Kredit: Al Ulfah II
Baca juga: Masakan Kelantan Yang Disukai Ramai Orang, Ini Dia Resepi Gulai Ikan Kering Nenas Yang Menyelerakan