Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » 5 Tips Goreng Bihun Agar Menjadi Elok Dan ‘Sedap’ Pastinya! Tak Menyesal Punya Ikut Panduan Ni

5 Tips Goreng Bihun Agar Menjadi Elok Dan ‘Sedap’ Pastinya! Tak Menyesal Punya Ikut Panduan Ni

Kategori:
panduan goreng bihun

Bihun goreng, sekali tengok rasa macam senang je nak masak. Betul, ianya agak senang untuk di masak tetapi untuk sesetengah orang goreng bihun ni renyah kan? Silap masak sikit, jadi kadang-kadang terlembik. Yang jadi macam makan tali tangsi pun ada sebab keras. Warna pun macam-macam ada kan. Dan kalau anda nak masak bihun goreng yang sedap dan menjadi elok, ikutilah panduan atau di bawah ini. Confirm bihun goreng anda menjadi.

1. Rendam Bihun Rendam bihun merupakan cara atau kaedah yang penting bagi mendapatkan bihun yang tak keras. Rendam guna air paip biasa je. Tempoh rendaman pun tak lama. Dalam 15 minit cikgu dah goreng. Kalau rendam dengan air panas walaupun sekejap cikgu tak pernah buat. Sebab urat bihun mudah putus dan jadi kembang.

2. Bahan tumis

Bab bihun jadi sedap, rencah tumis tak perlu pun tambah macam-macam sos. Cikgu suka pelbagaikan rupa bihun. Misalnya kalau nak merah macam cara mok masak, cikgu cuma guna cili kering kisar dan sos cili. Untuk bihun putih Singapore tu, cikgu suka letak serbuk lada hitam lebih sikit.

3. Tambah air

Dulu cikgu tambah. Tak kena buat, urat bihun kembang dan rasa pun terus kurang. Sekarang cikgu dah tak letak air. Cikgu suka tutup kuali dengan tudung periuk. Nanti bihun lagi cepat melembut. Bukan lembik ye. Rupa bihun pun masak cantik.

3. Kacau bihun

Nak kacau pun ada caranya. Cikgu suka guna sudip kayu. Balik-balikkan cuma sesekali. Masa balik tak perlu tikam kerat atas urat bihun. Cikgu buat perlahan je. Api pun guna paling perlahan.

4. Hiasan

Akhirnya untuk hidangan bihun goreng yang menyelerakan, hiaskan dengan daun bawang, cili dan lain-lain yang sesuai. Cikgu sarankan guna daun bawang sebab boleh buat rasa bihun lagi naik. Taburan daun sup tu hanya sedikit sudah memadai.

Tambahan lagi satu, cikgu peminat cendawan shitake. Jadi untuk rasa bihun lebih menyengat, bolehlah masukkan cendawan ini sebagai tambahan bersama sayuran lain.

SEMOGA BERMANFAAT!

Kredit: Cikgu Afy AL Habibi

tags: | |