Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Tips Hasilkan Lempeng Legend Yang Cantik, Lembut & Gebu. Sangat Sedap Makan Dengan Sambal Tumis Telur!

Tips Hasilkan Lempeng Legend Yang Cantik, Lembut & Gebu. Sangat Sedap Makan Dengan Sambal Tumis Telur!

Kategori: ,
resepi lempeng legend

Lempeng merupakan antara makanan Melayu yang sangat terkenal pada satu masa dahulu. Namun sehingga sekarang masih lagi ramai yang buat dan makan lempeng ini. Malah ada juga yang siap buat jualan lagi. Salah seorang daripadanya adalah Suzana Othman.

Lempeng yang dibuat oleh dia nyatanya memang sangat cantik, lembut dan gebu. Nak cuba buat? Jom kita ikuti perkongsian tips dan cara daripadanya ini.

Resepi Lempeng Legend Yang Lembut & Gebu!

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 500 ml air
  • 1 biji telur
  • 1 sk garam
  • 1 sk gula
  • 1 sk baking powder
  • 2 sb minyak masak

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan telur, minyak masak, garam, gula dan sedikit air dalam pengisar. Kisar sehingga telur kembang.
  2. Kemudian masukkan tepung dan baking powder berselang seli dengan air. Kisar hingga tepung sebati.
  3. Tuangkan adunan dalam jug, biarkan selama 1 jam supaya baking powder bertindakbalas bagi mendapatkan lempeng yang lembut dan gebu (inilah tipsnya).

Cara memasak:

  1. Panaskan kuali non stick, tuang adunan ikut saiz kuali atau saiz yang anda suka.
  2. Tunggu lempeng keluar buih . Dah agak kering barulah terbalikkan.
  3. Tunggu sekejap supaya sebelah lagi masak. Kemudian angkat.
  4. Boleh hidangkan bersambal sambal tumis ikan bilis.

Nota:

  • Kita guna pan saiz 18. Satu adunan boleh dapat 12 keping ikut saiz pan berkenaan. Kalau nak cepat siap boleh guna pan saiz besar. 
  • Yang ini kita buat jual. 1 set 6 keping harga RM5. Boleh letak harga ikut budi bicara masing-masing jika nak jual.

Mudah sahaja kan nak buat lempeng legend ini? Jadi tunggu apa lagi tu, jomlah kita buat sekarang. Nak makan waktu pagi ke petang ke malam ke semua boleh. Yang pasti sekali buat, pasti lepas ni nak buat lagi.

Semoga bermanfaat!

Kredit: Suzana Othman

Baca juga: Cara Yatt Hamzah Buat Lempeng Gebu Gebas Macam Kat Hotel

tags: | |