Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tips Hilangkan Bau Ikan Sungai Yang Berkesan. Tak Susah Pun, Guna Barang Dapur Je !

Tips Hilangkan Bau Ikan Sungai Yang Berkesan. Tak Susah Pun, Guna Barang Dapur Je !

Kategori:
tips hilangkan bau hanyir ikan sungai

Hidangan ikan sungai memang tak dinafikan memang cukup lazat. Lebih-lebih lagi yang ditangkap segar dan disediakan dari rumah.

Namun, ada kalanya niat untuk makan ikan sungai boleh terbantut tak tahu cara untuk hilangkan bau hanyir dan lendir dari ikan itu.

Kini anda tak perlu risau lagi. Sebenarnya, terdapat banyak tips dan petua menghilangkan bau hanyir dan lendir ikan sungai oleh warganet menerusi media sosial. Yang lebih menarik, bahan-bahan yang digunakan boleh didapati di dapur anda !

Jom kita tengok beberapa tips hilangkan bau ikan sungai supaya anda dapat hidangkan juadah istimewa di rumah tanpa masalah !

tips hilangkan bau hanyir ikan sungai

Kredit : maggi.my

 

Tips Hilangkan Bau Ikan Sungai Yang Berkesan. Guna Barang Dapur Je !

1. Guna Air Basuhan Beras

tips hilangkan bau ikan sungai

 

Jangan terus buang air basuhan beras. Anda boleh gunakannya untuk basuh lendir dan hilangkan bau hanyir ikan sungai.

2. Perap Dengan Halia

tips hilangkan bau ikan sungai

Halia bukan saja dapat membangkitkan rasa masakan, malah ia juga boleh digunakan untuk hilangkan bau ikan sungai.

Cara ialah dengan mencincang halus halia dan perapkan bersama ikan sungai pilihan anda selama setengah jam.

3. Perap Dengan Asam Jawa

tips hilangkan bau ikan sungai

Kalau tak ada halia di rumah, anda juga boleh gunakan asam jawa untuk hilangkan bau hanyir dan lendir pada ikan sungai. Caranya ialah dengan ambil asam jawa kemudian lumurkan pada ikan sungai. Kemudian perapkan seketika dan bilas sehingga bersih sebelum dimasak.

4. Ramas Dengan Serai

tips hilangkan bau hanyir ikan sungaiDaun serai mempunyai tekstur yang kasar dan aroma yang wangi untuk hilangkan lendir ikan secara berkesan.

Cara untuk gunakannya adalah dengan ambil serai dan potong pendek-pendek. Kemudian, ramaskan dan gaulkan daun serai pada ikan.

5. Rendam Dengan Garam dan Limau Kasturi

tips hilangkan bau ikan sungai

Garam kasar pasti ada di setiap rumah. Jika susah untuk dapatkan bahan-bahan yang lain di atas, anda hanya perlu gosokkannya dengan garam kasar tanpa air. Lendir pasti akan mudah tertanggal apabila dicuci.

Kalau masih berlendir juga, toskannya dan masukkan lagi 3 sudu besar garam bersama beberapa biji perahan limau kasturi untuk diratakan ke seluruh badan ikan.

Rendam atau perapkan ikan selama 15 minit sebelum dibilas. Anda juga boleh gunakan limau untuk menggosok badan ikan sehingga bersih.

Mudah rupanya cara untuk hilangkan bau hanyir serta lendir pada ikan sungai. Lepas ini, anda bolehlah jadikan ikan sungai sebagai menu utama untuk dihidangkan pada keluarga. Selamat mencuba !

 

tags: