Peningkatan harga barang terutamanya minyak membuatkan ramai mencari tips serta cara masakan untuk lebih jimat. Pada waktu ini, ramai yang ingin elakkan kaedah masakan deep frying yang menggunakan minyak yang banyak.
Salah satu cara mudah yang boleh kita praktikkan ialah dengan menggunakan air fryer. Cara ini bukan saja menjimatkan masa anda di dapur, malah anda tak perlu risau masakan jadi hangit.
Bagi anda yang teringin nak masak ayam goreng tanpa menggunakan minyak yang banyak, jom kita tengok tips yang dikongsikan oleh Tsu Feh Sufiah.
Cara yang digunakan cukup berkesan kerana ayam yang dihasilkan sedap dan rangup tanpa menggunakan sedikit pun minyak!
Menurut Tsu Feh Sufiah, dia sudah lama mencari kaedah yang paling berkesan supaya ayam goreng yang dimasak dalam air fryer tak mengering atau kecut.
Tapi bila guna saja cara ni, memang betul-betul menjadi! Ayam goreng jadi sedap dan rangup, sekali imbas nampak macam baru keluar dari kuali.
Anda tak perlu risau kalau tak letak minyak sebab lemak daripada ayam akan keluar bila dimasak nanti. Jom kita tengok tips masak ayam goreng guna air fryer!
Cara-Cara :
1.Basuhkan ayam sampai bersih.
2. Lumurkan ayam dengan rempah :
3. Gaulkan sampai sebati dan masukkan dalam bakul air fryer.
4. Tetapkan suhu pada 180 darjah dengan masa 15 minit.
5. Tips ini menggunakan air fryer Philips yang mempunyai fungsi twin turbo, jadi ayam tak perlu dibalik-balikkan. Tetap masak sekata!
6. Ayam goreng air fryer siap dan boleh dihidangkan.
Senang saja rupanya nak masak ayam guna air fryer ni. Yang paling best, kita boleh tinggal saja dalam air fryer, tak perlulah nak kawal api atau terbalik-balikkan macam masak di atas kuali.
Rasanya tetap sama seperti goreng menggunakan minyak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom cuba tips ni! Gerenti menjadi!
Sumber : Tsu Feh Sufiah via Masak Apa Hari Ni (MAHN)