Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Tips Masak Nasi Lemak Supaya Sedap, Tak Berketul & Perfect Rasanya!

Tips Masak Nasi Lemak Supaya Sedap, Tak Berketul & Perfect Rasanya!

Kategori: ,,,
tips masak nasi lemak

Nasi Lemak merupakan antara makanan atau menu yang cukup popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Nasinya yang lemak dimakan bersama-sama dengan sambal bilis, telur rebus dan timun batang memang membangkitkan selera.

Di luar sana, ramai sahaja peniaga yang menjual nasi lemak ini namun begitu tidak semua nasi lemak yang dijual oleh peniaga di luar sana sedap. Kadangkala ada rasanya yang agak pelik, lemak pun tidak terasa. Sambal bilis pula manis semacam.

Begitu juga apabila kita menyediakan sendiri hidangan ini di rumah. Kadangkala rasanya tidak sedap bila mana nasinya tidak terasa lemaknya. Jadi apa kata kita ikuti perkongsian dari Nurul Yasriah Nazri berkenaan dengan tips masak nasi lemak supaya lebih sedap, tidak berketul dan sempurna rasanya. 

Tips Masak Nasi Lemak Supaya Sedap, Tak Berketul & Perfect Rasanya!

Menurut Nurul Yasriah, santan yang digunakan untuk membuat nasi lemak adalah lebih baik jika gunakan santan segar. Jangan guna santan kotak dan jangan kedekut santan. Manakala untuk hali pula, letak sedikit sahaja. Begitu juga dengan minyak masak dan garam. Jangan lupa juga letak daun pandan.

  • Gunakan santan segar, jangan guna santan kotak dan jangan kedekut santan
  • Letak halia sikit
  • Letak minyak sikit
  • Letak daun pandan
  • Letak garam sikit

InshaAllah nasi lemak tidak berketul dan rasa lemak gitu. 

Resepi Nasi Lemak

Nurul Yasriah juga sempat berkongsi resepi nasi lemak, jom ikuti di bawah ini.

Saya bagi resepi sekali, 

  • 3 cawan beras
  • 1 cawan santan pekat segar
  • 3 cawan air
  • Sehelai daun pandan
  • 3 hiris halia
  • 1 1/2 sudu kecil garam 
  • 4 sudu besar minyak masak 

* Untuk yang ini anggaran boleh makan 5 atau 6 orang

Tak lengkap rasanya jika hanya ada resepi dan tips masak nasi lemak sahaja. Mesti korang semua turut tercari-cari kan resepi sambal ikan bilis yang enak, mudah dan sedap? Untuk resepi sambal, jom lihat di bawah ini pula.

Resepi Sambal Nasi Lemak

Bahan Tumis: 

  • 1 biji bawang merah | dimayang
  • 1 ulas bawang putih | dimayang
  • 1/2 biji bawang holland | dimayang
  • 1 helai daun pandan

Bahan Kisar: 

  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang holland
  • 1/2 mangkuk cili kisar
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci belacan
  • 10 ekor ikan bilis

Lain-lain bahan: 

  • 1 genggam ikan bilis
  • 1 keping gula melaka | untuk rasa lemak manis
  • 1-2 sd besar gula | kena ada rasa manis
  • 2 sd besar kicap manis
  • Garam
  • Maggi secukup rasa
  • 1/2 keping asam keping | bila dah masam boleh keluarkan dari kuali
  • Sedikit air

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak yang agak banyak untuk memastikan bahan tumisan masak dan garing sempurna.
  2. Tumiskan bahan-bahan tumis tadi. Apabila dah garing masukkan bahan yang kita kisar tadi. Masak sehingga pecah minyak dengan api yang perlahan untuk memastikan keenakan dan juga ketahanan sambal.
  3. Setelah sambal pecah minyak, masukkan gula melaka dan sedikit gula dan kacau rata bertujuan untuk menjadikan warna sambal yang merah cantik. Masukkan sedikit air.
  4. Kemudian masukkann asam keping dan ikan bilis. Biarkan masak dengan api perlahan. Saya masak agak lama untuk memastikann sambal kita masak sempurna.
  5. Akhir sekali masukkan gula selebihnya dan garam dan maggi cukup rasa. Masukkan kicap manis dan siap untuk dihidang.

Mudah sahaja kan masak nasi lemak yang sedap dan berlemak? Ikuti sahaja tips di atas, yang penting jangan derhaka resepi barulah menjadi!

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat! 

Kredit: Nurul Yasriah Nazri & Bonda Aisyah

Baca juga: Tengah Viral Sekarang, Ini Dia Teknik Buat Suito Atau Bebola Keledek Yang Mudah & Sedap!

 

tags: | | |