Musim COVID-19 ni nak keluar rumah tak boleh. Nak ke pasar tiap-tiap hari pun rasa tak sanggup. Tetapi kita memerlukan sayur yang segar supaya kita mendapat sumber vitamin daripada sayur tersebut. Jadi ada beberapa tips yang dikongsi oleh Nieja Chukuni di laman Facebook.

Antara tips tersebut adalah:

  1. Basuh sayur dan rendam dengan air garam lebih kurang 5 minit.
  2. Toskan sayur tersebut sehingga kering.
  3. Masukkan sayur ke dalam bekas yang bertutup. Sebelum tu, alaskan dahulu didalam bekas tersebut dengan tisu dapur.(untuk menyerap air yang masih melekat di sayur)
  4. Bila sudah siap masukkan ke dalam peti ais.

 

Dengan cara tersebut, sayur tersebut tidak akan layur dan akan kekal segar. Tips ini boleh juga digunakan untuk buah.

Selamat Beramal ye!

Sumber : Facebook MAHNĀ 

 

(This post has been visited 309 times!)