Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tips Penyimpanan Biskut Raya Homemade Supaya Tidak Lemau Dan Kekal Rangup. Tips Yang Sangat Mudah Dan Bermanfaat

Tips Penyimpanan Biskut Raya Homemade Supaya Tidak Lemau Dan Kekal Rangup. Tips Yang Sangat Mudah Dan Bermanfaat

Kategori: ,

Pejam celik, pejam celik lagi beberapa hari je lagi umat islam akan menyambut hari raya aidilfitri. Sekarang ni pasti ramai yang tengah berlumba-lumba nak siapkan tempahan kuih raya mahupun buat kuih raya sendiri.

Tapi masih ramai antara kita yang tidak tahu cara penyimpanan biskut raya yang betul supaya tahan lebih lama dan tidak lemau. Apabila cara penyimpanan salah, maka biskut akan masuk angin. Nak makan pun tak sedap. Tak ke membazir namanya tu. Oleh itu, penting bagi anda semua untuk mengetahui cara penyimpanan biskut raya supaya tidak lemau dan kekal rangup.

Tips Penyimpanan Biskut Raya Supaya Tidak Lemau

1.Biarkan Biskut Terbuka Terlebih Dahulu

Sebaik sahaja biskut dikeluarkan daripada ketuhar, biasanya ia agak lembik. Jadi, jangan terus simpan dalam bekas, sebaliknya biarkan beberapa saat di udara sehingga biskut itu betul-betul sejuk, barulah kita masukkan biskut tersebut ke dalam bekas kedap udara.
Jika disimpan ketika masih panas atau dicampur bersama biskut lain di dalam bekas yang sama, biskut akan mudah rosak dan lemau. Pastikan anda ada bekas kedap udara yang cukup dan berbeza untuk setiap biskut yang anda buat.

2.Keringkan Bekas Sepenuhnya Sebelum Simpan Biskut

Mudah je nak pastikan bekas untuk simpan biskut itu kering sepenuhnya. Ambil tuala kering kemudian lap bersih bekas kuih dan anginkan beberapa saat atau mahu lebih terjamin, jemur terus di bawah cahaya matahari.

3.Gunakan Bekas Kedap Udara

Pilih bekas menyimpan kedap dara atau balang yang dilengkapi dengan penutup khusus untuk biskut supaya tahan lama dan kekal rangup. Sekarang ni ramai yang guna jenama Tupperware yang sememangnya berkualiti untuk menyimpan biskut raya.

4.Masukkan Bungkusan Kecil Garam Dalam Balang Kuih

Selain dapat menggunakan gel silica dalam bungkusan, kelembapan udara dalam balang juga boleh dikurangkan dengan garam. Bungkus satu hingga dau sudu teh garam dengan kain bersih lalu masukkan ke dalam balang.

Tips ni memang jarang orang tahu dan lakukan. Nanti korang cuba la buat. In Shaa Allah biskut akan kekal rangup walaupun lama disimpan.

5.Alas Setiap Lapisan Biskut Dengan Kertas Kalis Minyak

Kalau korang biasa beli biskut di pasaraya, mesti korang perasan setiap lapisan biskut dialas dengan kertas berwarna putih. Ha, itulah kertas kalis minyak.

Dengan meletakkan kertas kalis minyak pada setiap lapisan biskut, ia akan membuatkan biskut kekal rangup kerana kertas minyak berfungsi menyerap lebihan minyak pada biskut.

6.Taburkan Sedikit Gula Pasir Ke Dalam Bekas Menyimpan Biskut

Ini merupakan petua orang lama yang sangat berkesan bagi memastikan biskut raya tahan lama dan tidak berbau.  Tak perlu letak banyak, memadai tabur 1 hingga 2 sudu kecil gula pasir sahaja.

7.Jemur Tepung Atau Gula Sebelum Buat Biskut

Orang zaman dulu menggunakan tepung dan gula yang dijemur bagi membuat kuih raya. Ia dilakukan bagi memastikan biskut yang dihasilkan lebih ringan dan tahan lama. Tepung yang dijemur akan memberikan kerangupan dan rasa yang lebih enak.

 

Sekian sahaja perkongsian dari Daily Makan mengenai tips penyimpanan biskut raya supaya tidak lemau dan masuk angin. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dalam menyimpan biskut raya yang lebih sedap dan rangup.

Kredit: Ummi Bites Nuckidz

Baca juga: Rahsia Yang Ramai Tak Tahu, Tepung Ini Mampu Sedapkan Biskut Raya Anda, Lebih Ringan & Rangup!

tags: |