Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Tips Pilih Ketam Yang Berisi & Segar. Barulah Isinya Manis & Sedap Bila Dimasak

Tips Pilih Ketam Yang Berisi & Segar. Barulah Isinya Manis & Sedap Bila Dimasak

Kategori:
Tips Pilih Ketam

Siapa yang tak suka makan ketam memang rugi! Paling best bila isi ketam tu penuh dengan isi dan rasanya yang manis. Walau apa cara memasak ketam ini, rasanya tetap akan sedap dan nikmat bila dimakan.

Tapi macam mana nak cari ketam yang berisi dan manis? Jom baca tips hasil perkongsian oleh Veera Saravanan di bawah. Selepas ini kalau pergi pasar, jangan lupa guna tips ini ya. Semoga bermanfaat!

Tips Pilih Ketam Yang Berisi & Segar. Barulah Isinya Manis & Sedap Bila Dimasak

Sapa la yang tak gemor kari ketam ye tak. Lagi lagi kalau ketam segar dari Pasor Pasir Penambang. Lain macam dia punya manih kalau ketam hidup.

Saya sertakan petua mencari ketam berisi dan jugak resepi kari ketam terangkat disini untuk tatapan semua.

Kalau nak carik ketam berisi ikut tips berikut:

  • Cari ketam betina. Check perut dia, kalau bentuk perut bawah tu membulat maknanya ketam betina.
  • Perati kepit ketam. Cari yang tumpul. Kalau dia tajam macam mata gergaji, maknanya dia baru salin kulit. Takde isi, penuh ngan air je.
  • Picit perut ketam, kalau dia lembut kompom tak fresh.
  • Dan last sekali timbang timbang sikit. Kalau berat tak kena saiz. Elok jangan beli la.

Veera Saravanan turut berkongsikan resipi kari ketam yang mudah dan senang untuk diikuti.

Cara-caranya:

  1. Tumis halba, daun kari dan biji sawi. Biji sawi kena letup letup ye.
  2. Lepas tu tambah bawang dan tomato cincang. Dan juga pes halia dan bawang putih. Masa buat pes ni tambah garam sikit.
  3. Tambah serbuk kari ikan. Dan juga serbuk lada hitam. Tumis sampai pecah minyak dan tambah air.
  4. Masukkan ketam yang dah siang dan potong dua. Kaki ketam tu bagi hentak sikit ngan anak batu lesung.
  5. Biar didih sampai ketam bertukor warna cengkerang dia. Test garam dan tambah garam jika perlu. Kepekatan kuah terpulang pada citarasa sendiri. Kalau nak hias ngan daun ketumbar pun boleh jugak. Settle kuah ketam yang power. Makan ngan nasik putih panas panas.
  6. Ni hasil kari ketam.

Kredit: Veera Saravanan

tags: |