Kecoh di media sosial, keracunan makanan akibat memakan oyster yang tidak segar dan rosak kualiti mencetuskan perdebatan netizen. Seperti sedia maklum, oyster mentah kini menjadi kegilaan dan rebutan untuk orang ramai untuk mencubanya.
Jika mengikut standard kualiti oyster, sememangnya harga yang dijual untuk hidangan oyster mentah ini memakan harga yang mahal dan tinggi. Tetapi, tidak salah untuk mencuba oyster yang menawarkan harga rendah. Apa yang penting, sebagai pengguna yang bijak, kita haruslah mengetahui makanan apa yang kita makan.
Jadi, perkongsian ini berkongsi tentang ciri oyster segar untuk dimakan mentah mahupun masak merujuk kepada artikel yang dikongsi oleh Kompas.com.
Menurut Executive Chef Aston, Banyuwangi Gelar mengatakan ada banyak daerah di dunia yang menghasilkan oyster. Beberapa di antaranya yang favorit adalah oyster dari Australia, Kanada, dan Amerika.
Gelar mengatakan apabila ingin menikmati oyster dalam dalam kondisi mentah, maka pilih yang segar supaya tidak menimbulkan dampak buruk bagi tubuh. Menurut Gelar ada dua ciri oyster segar yang perlu diketahui saat memilih oyster
Saat memilih oyster, pastikan aromanya masih segar dan tidak mengeluarkan bau hamis yang tajam. Oyster yang segar dari laut biasanya mengeluarkan aroma khas laut yang tidak menyengat.
Datang dalam keadaan tidak berbau tajam saat dicium, beerti oyster itu masih bagus.
Apabila ingin menikmati oyster dalam keadaan mentah, maka pilih yang masih dalam keadaan hidup. Sementara jika ingin mengolah oyster menjadi masakan matang, maka oyster yang diolah harus datang dalam keadaan beku.
“Jika oyster datang tidak dalam keadaan hidup, maka oyster akan cepat berlaku oksidasi,” kata Gelar. Proses oksidasi pada oyster berlangsung apabila kerang dibiarkan berada di luar air. Kondisi ini membuat sisa air yang ada di dalam cengekerang menyusut, sehingga mendorong pembusukan.
“Kalau dia (oyster) mati, air di dalamya akan cepat sekali menyusut. Kalau sudah mati, dagingnya tidak akan sebesar daging oyster hidup dan rasanya pun berbeza,” katanya.
Salah satu ciri oyster yang sudah mati iaitu kedua cengekerangnya tidak lagi tertutup rapat. Oyster yang sudah mati dan busuk sebaiknya tidak dimakan kerana dapat menjadi racun bagi tubuh.
Jadi, pilihlah oyster yang baik dari segi luaran dan dalaman. Dari segi warna dan bau. Jangan kerana kejarkan sesuatu yanng viral seperti oyster mentah ini, tubuh badan kita yang merana.
Sumber: Kompas
Baca juga: Cara Buat Tauhu Telur Homemade Cara Mudah, Guna 3 Bahan Sahaja, Cubalah!