Kebiasaannya selepas memasak, minyak masak terpakai akan terus dibuang ke dalam sinki bukan? Jika membuang dalam sinki, bukan sahaja merupakan penyebab utama sinki tersumbat namun juga boleh mencemarkan alam sekitar.
Ada banyak cara untuk membuang minyak masak dengan selamat. Rupanya minyak masak terpakai boleh digunakan untuk membuat sabun tangan, sabun basuh pinggan, sabun baju dan pelbagai sabun lagi. Nak tahu caranya? Jom lihat cara-caranya di bawah.
Cara Tukar Minyak Masak Terpakai Kepada Sabun, Tips Jimat Yang Ramai Tak Tahu!
Bahan-bahan:
- Air – 472.15g
- Sodium Hydroxide (NaOH) – 202.35g (beli di sini)
- Palm oil – 1500g
- Fragrance – 46.88g
Cara-cara:
- Tapis minyak masak untuk membuang sisa-sisa makanan yang ada.
- Rebus minyak masak terlebih dahulu dengan beberapa helai daun pandan atau serai untuk menghilangkan ‘bau’ dan lebih wangi.
- Larutkan NaOh dengan air. (automatik jadi panas). Sejukkan sehingga suhu bilik.
- Kemudian masukkan dalam minyak perlahan-lahan sambil kacau dengan handwhisk/hand blender sehingga sebati.
- Masukkan bahan-bahan lain, palm oil dan fragrance.
- Masukkan gula 1-2 sudu nak bagi buih banyak.
- Masukkan dalam acuan/bekas dan bekukan selama 24 jam.
Nota:
- Nak warna warni boleh letak pewarna
- Biarkan 3,4 minggu baru boleh guna
- Kalau guna minyak masak baru, sabun akan jadi warna putih gebu dan tekstur agak lembut
Mana tahu sabun buatan sendiri lebih sesuai untuk anda yang mempunyai kulit sensitif dan alergi dengan produk yang ada di pasaran. Sekurang-kurangnya, minyak masak terpakai tidak terbuang begitu sahaja. Semoga bermanfaat!
Kredit: @FiqTabayyun, Nor Ziela