Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Nak Guna Dapur Kaca Tapi Takut Pecah? Ini Tips Untuk Elak Dapur Kaca Pecah Berderai

Nak Guna Dapur Kaca Tapi Takut Pecah? Ini Tips Untuk Elak Dapur Kaca Pecah Berderai

Kategori: ,
TIPS UNTUK ELAK DAPUR KACA PECAH BERDERAI

Dapur kaca pecah berderai pastinya menjadi mimpi ngeri bagi yang pernah mengalaminya. Sehinggakan ramai yang berasa ketakutan untuk menggunakan dapur kaca ini. Pastinya dapur kaca ini nampak lebih elegen dan kemas.

Ramai yang ingin menggunakan dapur kaca ini namun apabila mendengar pelbagai kisah berkenaan dengan kejadian dapur pecah ini, ia membuatkan mereka rasa takut.

Jadi bagi anda yang sedang berhasrat untuk menggunakan dapur kaca atau pun sedang menggunakannya, mungkin anda boleh baca tips untuk elak dapur kaca pecah dengan mudah ini. Tips ini telah dikongsikan oleh Dr Fatimah Salim.

dapur kaca pecah

Tips untuk mengelakkan dapur kaca pecah berderai

Terdapat banyak jenis bahan binaan (aka material) yang digunakan untuk membuat dapur memasak seperti kaca, kaca berplumbum (lead glass), seramik dan borosilikat.

Disebabkan banyak kemalangan sewaktu memasak yang berlaku, di sini kita hanya akan bincangkan dapur kaca tempered (tempered glass). Ambil tahu cara pengendalian bagi mengelakkan kemalangan yang tidak diingini seperti letupan dan kebakaran. Tambah lagi jika kejadian berlaku sewaktu ada anak kecil bersama. 

Dapur kaca tempered digunakan mengantikan dapur borosilikat kerana ianya lebih cantik disamping lebih tahan haba, tidak bertindakbalas (inert), tidak mengalirkan elektrik juga kalis air dan gas.

Namun, ianya mudah pecah jika tidak dijaga dengan baik dan betul. Tips dalam menggunakan dapur kaca tempered ialah:                                               

  1. Jangan tutup permukaan kaca – setengah dari kita sayangkan dapur, takut tumpahan minyak atau kotoran pada permukaan. Namun dengan menutup dapur, haba akan terperangkap lalu membuatnya mudah retak.
  2. Jangan guna kuali dan periuk yang terlalu besar – penggunaan periuk dan kuali yang besar terutamanya yang diperbuat daripada logam akan memerangkap haba lalu memindahkannya kepada dapur. Ini boleh menyebabkan dapur ini mudah retak.
  3. Jangan letak kuali atau periuk di atas permukaan kaca kerana beban yang berat.
  4. Maksimumkan penggunaan secara berterusan selama 2 jam sahaja. Ini kerana, penggunaan yang lama akan meningkatkan pengumpulan haba.
  5. Jangan sesekali mengelap atau membersihkan dengan kain basah tunggu sehingga dapur sejuk supaya tidak berlaku “kejutan “ atas perubahan suhu yang drastik. Lalu menyebabkannya retak.

Dengan menggunakan tips di atas, ia sedikit sebanyak dapat mengelakkan dapur kaca yang diguna pecah berderai. Jadi bagi anda yang teringin atau sedang menggunakan dapur kaca ini, bolehlah guna tips yang dikongsikan oleh Dr Fatimah ini.

Semoga bermanfaat!

Kredit: Dr Fatimah Salim & Suriani Yusuf

Baca juga: Bahaya Risiko Dapur Kaca Pecah Tiba-Tiba, Ini Tips ‘Penting’ Yang Perlu Anda Tahu Bagi Mengelakkan Kejadian Tersebut!

tags: