Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Ahli Kimia Ini Kongsi Tips Untuk Elak Kuali & Peralatan Dapur Yang Jarang Digunakan Berkarat

Ahli Kimia Ini Kongsi Tips Untuk Elak Kuali & Peralatan Dapur Yang Jarang Digunakan Berkarat

Kategori: ,
Elak kuali berkarat

Kuali atau peralatan dapur anda cepat sangat berkarat? Perkakasan dapur yang disimpan rapi pun berkarat juga? Dah buntu tak tahu nak buat macam mana kan. Jadi apa kata kita baca apa yang dikongsikan oleh ahli kimia, Dr Fatimah Salim mengenai karat dan peralatan dapur.

Karat dan peralatan dapur

Hari ini saya nak bagi tips untuk mengelakkan berkaratnya peralatan dapur, biasanya kuali yang jarang-jarang dipakai. Sambil itu, mari belajar kimia disebalik proses pengaratan ini. Bila kita tahu punca, maka mudah kita ikhtiarkan jalan penyelesaian yang berkesan.

Bagi yang keberatan nak baca (maklumlah panjang dan terlalu kimia ), scroll terus ke “Tips” di bahagian akhir sekali ya.

Apakah Itu Karat?

Karat merupakan selaput perang kemerah-merahan yang terbentuk pada permukaan besi. Semua objek yang diperbuat daripada besi boleh berkarat apabila wujudnya keadaan yang bersesuaian.

Karat merupakan selaput perang kemerah-merahan yang terbentuk pada permukaan besi. Semua objek yang diperbuat daripada besi boleh berkarat apabila wujudnya keadaan yang bersesuaian.

Apakah kimia di sebalik proses pengaratan?

Pengaratan merupakan proses kakisan yang berlaku pada objek besi (bahan binaan adalah ferum aka iron). Proses pengaratan merupakan sejenis tindakbalas kimia yang dipanggil redoks di mana pengoksidaan dan penurunan bahan kimia terlibat berlaku dengan serentak. Untuk membolehkan tindakbalas ini berlaku, selain BESI, ianya juga memerlukan AIR dan gas OKSIGEN(dalam udara).

Bagaimana tindakbalas redoks ini berlaku?

Apabila air (H2O) terkena pada permukaan besi (terdiri daripada komponen ferum atau Fe), bahagian Fe ini akan teroksida (membebaskan elektron), lalu menjadi ion Fe2+ yang mana larut dalam air. Semakin banyak Fe menjadi Fe2+, besi akan kelihatan terhakis dan lebih banyak elektron akan terhasil di dalam air.

Di masa yang sama, gas oksigen (O2) dipermukaan air (mengalami penurunan) akan bertindakbalas dengan air (H2O) dengan menerima elektron yang terbebas dari pengoksidaan Fe tadi lalu menjadi ion OH- (hidroksida).

Ion-ion Fe2+ dan OH- yang larut dalam air ini akan bertindakbalas menghasilkan sebatian kimia ionik Fe(OH)2. Apabila sebatian kimia Fe2+ ini terdedah kepada udara (gas oksigen) ianya akan teroksida sekali lagi kepada Fe3+ membentuk sebatian Fe2O3. Jika dilihat daripada konfigurasi elektron Fe3+ adalah sangat stabil (half-filled orbital) dibandingkan Fe2+, maka ion Fe lebih ‘suka’ menjadi Fe3+.

Dengan kehadiran lebihan lembapan (aka air), Fe2O3 akan membentuk bahan kimia hydrate (Fe2O3.nH2O) memberikannya warna perang kemerahan. Sebatian hydrate berwarna perang kemerahan ini lebih mesra dipanggil dengan nama ‘karat’. Proses kimia ini diringkaskan seperti di dalam gambar di bawah.

Bagaimana cara mencegah besi dari berkarat?

Besi yang berkarat sememangnya  tidak digemari kerana ianya menyebabkan objek besi tidak tahan lama untuk menjalankan fungsinya,  permukaan besi menggerutu dan seterusnya merosakkan rasa makanan. Setelah mengetahui kimia disebalik proses ini, maka konsep mencegah besi dari berkarat ialah menghalang permukaannya terdedah dengan air dan udara. Antara cara untuk mengelakkan interaksi ini ialah dengan menutup permukaan besi menggunakan cat, minyak atau menyalut aka menyadur dengan bahan anti-karat.

Tips mengelakkan peralatan dapur dari berkarat?

Cara yang paling bersesuaian dan selamat :

  • Sapukan permukaan peralatan besi tersebut dengan minyak masak. Contohnya kuali besi seperti di bawah ini anda biasa guna untuk memasak roti dan lempeng.
  • Setelah digunakan, lap minyak berlebihan dengan tisu pada kuali dan terus gantung/simpan.
  • Apabila hendak digunakan, baru cuci kembali dengan sabun.

Semoga Bermanfaat!

Sumber : Dr Fatimah Salim

Baca juga : Jejaka Ini Bagi Tips, Bakar Dulu Kuali Baharu Sebelum Guna Bagi Elak Berkarat & Melekat

tags: