Durian merupakan raja buah yang digemari oleh kebanyakan orang. Bukan sahaja orang Asia malah orang-orang dari negara lain seperti Korea dan China turut menggemarinya. Walaupun buah ini mempunyai bau yang agak pelik namun masih juga mendapat sambutan ramai.
Pasti ramai yang tertanya mengapa buah durian ini mempunyai bau yang kuat. Hal tersebut adalah kerana buah durian ini mengandungi etionin asid amino. Kehadirannya dalam durian memainkan peranan yang penting dalam membentukkan bau durian yang unik.
Menurut kajian yang dibuat oleh Food Systems Biology di Technical University of Munich (Leibniz-LSB @ TUM), bau yang kuat ini hanya berlaku selepas durian telah matang. Pada ketika ini enzim khusus tumbahan akan melepaskan bau dari etionin.
Jadi semakin lama buah masak, semakin tinggi kepekatan etionin dalam pulpa dan secara langsung akan menyebabkan bau etanetiol semakin kuat. Namun apa yang menjadi masalah sekarang ini adalah apabila kita menyimpan durian dalam peti ais, bau dia memang kuat. Berhari-hari masih lagi tak hilang.
Mungkin anda boleh gunakan 3 tips ini bagi mengurangkan bau tersebut. Apakah 3 tips tersebut. Teruskan membaca!
Potong sebiji lemon menjadi kepingan nipis. Tambahkan sedikit air supaya lemon tenggelam dan biarkan bancuhan lemon di setiap rak peti ais. Selain lemon, anda juga boleh menggunakan limau atau oren.
Taburkan sedikit biji atau pun serbuk kopi ke dalam mangkuk dan letakkan dalam peti ais. Aroma kopi yang kuat hanya memerlukan sekitar dua hari bagi menghilangkan bau durian.
Letakkan serbuk penaik dalam bekas kemudian susun bekas berkenaan di rak atas dan bawah peti ais. Gantikan soda penaik itu setiap beberapa hari sehingga bau durian hilang.
Semoga bermanfaat!
Baca juga : Ibu Mengandung Tak Boleh Makan Durian Ke? Jom Baca Tips & Penjelasan Pakar