Cantikkan Tumit Kaki
Tumit kaki sering merekah? Nak cantikkan tumit kaki anda? Ini dia tips untuk tumit merekah terus bersinar hanya dalam 5 minit dan menggunakan 2 barang sahaja. Jangan pandang rendah pada tumit yang merekah. Tumit pun ada hak nak cantik dan mempunyai kulit yang halus mulut. Ye betul. nampak tua bukan je pada paras rupa! Orang tengok kaki pun boleh kata kita tua. Cara ini dikongsi oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Siti Norshafika Amran di laman facebook miliknya.
Guna Barang Dapur Je
- Limau / lemon
- Garam
- Berus gigi (bulu kasar)
Cara-cara :
- Gosok tempat rekahan dengan garam dan limau
- Selepas limau dah lunyai, gosok dengan berus gigi pulak.
Memang Berkesan !
Sebelum skrub menggunakan limau nipis dan garam.
Selepas menggunakan berus, limau dan garam. Memang menjadi!
Posted by Siti Norshafika Amran on Sunday, April 15, 2018
Sumber : Siti Norshafika Amran