Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tip Makanan & Dapur » Lelaki Ini Kongsi Tips Whipping Cream Yang ‘Perfect’, Kembang Cantik & Tak Mudah Cair

Lelaki Ini Kongsi Tips Whipping Cream Yang ‘Perfect’, Kembang Cantik & Tak Mudah Cair

Kategori: ,,
Tips Whipping Cream

Mungkin ramai yang tertanya-tanya perbezaan jenama dan jenis whipping cream yang dijual di pasaraya atau kedai kek. Diantara jenama yang pasti sudah biasa didengari iaitu Anchor, Emborg, Vivo dan banyak lagi. Whipping cream juga mempunyai dua jenis iaitu Dairy Whipping Cream dan Non Dairy Whipping Cream.

Sebenarnya ada berbezaan yang besar diantara jenama-jenama tersebut mengikut kegunaan yang hendak digunakan. Dalam memukul whipping cream juga mempunyai teknik-tekniknya yang tersendiri. Jom ikuti perkongsian oleh Muhammad Ali yang diharapkan dapat membantu mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia baking.

Salam & Hi. Jom baca perkongsian Mr.Ali harini. Harapnya dapat membantu anda di luar sana ya. InsyaAllah

Jenama whipping cream yang terbaik

Whipping cream brand Anchor & emborg adalah antara jenis yang terbaik yang senang putar sampai jadi gebu macam dalam gambar. Ciri-ciri whipping cream ni biasanya dia ada 30-35% peratusan lemak. Ada certain dairy whipping cream dia ada tulis kat packaging mcm royal victoria. So this one mmg boleh pakai dan dia boleh mengembang dgn jayanya

Beza Dairy Whipping Cream & Non Dairy Whipping Cream

1. Dairy Whipping Cream

Dairy whipping cream dia boleh mengembang 2 kali ganda je dari kuantiti asal. Tak macam non dairy. Kebiasaannya pakai daripada susu lembut melalui proses UHT, sebab itu kebanyakan whipping cream ada tulis UHT Whipping Cream yang bermaksud ianya adalah Dairy.

Dairy whipping whipping cream ini sesuai untuk membuat ganache dan mousse. Namun, jika whipping cream dicampur dengan cream cheese akan mudah cair dan tidak tahan lama pada suhu bilik. Ini juga fakta.

2. Non Dairy Whipping Cream

Menggunakan minyak sayuran dan bukan tenusu. Ia lebih tahan pada suhu bilik dan biasanya digunakan untuk lepa kek dan membuat crepe. Orang biasa panggil fresh cream. Boleh mengembang 3 hingga 4 kali dari kuantiti asal, ini juga fakta.

So, dalam gambar-gambar ni semestinya saya pakai dairy whipping cream. Saya suka pukul sampai kental dan gebu. Boleh rujuk gambar. Saya kaup pun lebihan dia tak jatuh. Saya akan pukul gebu sampai bila saya angkat attachment tu cream dari attachment tu dia tak jatuh riben. Dia melekat pada attachment tu.

Atau bila kita putar pakai hand mixer kita akan nampak dari cecair dia perlahan-lahan mengembang dan membentuk garisan ikot attachment kita. Tu maksudnya kena hati2 or stop dulu cek dia punya konsitensi whipping cream jangan terlebih pukul. Biasanya bila dah terlebih pukul, dia split dan bila tambah whipping cream yang belum putar pun tak jalan.

Berbeza dengan non dairy. Non dairy ni kita overbeat dia tak jadi butter tau tapi texture dia jadi macam keras dan bila lepa kek memang jadi tak cantik. So tu beza dia.

Dairy overbeat- jadi butter

Non dairy overbeat- cream jadi keras dan tak cantik

Pantang Larang Whipping Cream

  • Jangan sesekali biarkan whipping cream letak tengah panas or dalam kereta lama sangat dibawah terik matahari. Takut rosak. Whipping cream, dairy or non dairy kena letak dalam chiller (kecuali non dairy boleh letak dalam freezer).
  • Ada org tanya dah pukul dairy whipping cream sampai jadi kental macam tu bila campurkan dengan cream cheese putar lagi. Tak jadi cair ke whipping cream tadi? jawapannya tak. Tengok sahaja gambar yang saya share tu bila kaup balik nampak elok n kukuh je kan. Sebab tu bila satukan 2 bahan ni saya pakai spatula je pakai teknik kaup balik. Kaup dari bawah sampai keatas ulang sampai takde putih2 whipping cream tu / sebatikan.
  • Kenapa saya suka pukul kental sampai macam tu sebab dia lagi foamy dan dia akan pegang texture kek tu. Sebab saya tak pakai gelatin. Sebab tu saya akan pukul sampai kental. INI FAKTA.

Kredit: Muhammad Ali

tags: | |