Hidangan tomyam seringkali menjadi pertikaian peniaga dan pelanggan di Malaysia. Ini kerana, ada di antara kedai makan atau restoran menyediakan tomyam dengan hanya meletakkan rempah-rempah dan bahan seperti serai berbanding lauk.
Tambahan lagi, harga yang dikenakan juga tinggi berbanding dengan apa yang ada di dalam semangkuk tomyam yang dibeli itu.
Seperti perkongsian video oleh seorang pengguna TikTok, wanita itu menjelaskan apa erti dan definisi tomyam yang sebenar. Menerusi video berkenaan, dia mengauk semua lauk-lauk yang terdapat di dalam tomyam berkenaan dan membandingkan kebanyakan tomyam yang dijual di Malaysia.
“Tomyam yang sebenar. Haaa isi! Kalau dekat Malaysia, angkat je bawang. Angkat je serai. Angkat lagi tomato besar-besar. Harga mahal…”, luah wanita di dalam video berkenaan perbandingan tomyam Malaysia penuh serai.
Tomyam yang dipenuhi lauk yang dipaparkan itu dipercayai dibeli dan dimakan di negara jiran, Thailand.
Videonya mendapat perhatian orang ramai sehingga mendapat 39 ribu tanda suka dengan 700 lebih komen yang dipenuhi pelbagai reaksi.
@ezura27♬ bunyi asal – miezie ezura
“Betul tu serai bawang je yang banyak,” komen seorang netizen.
“Betul sangat kita nak makakn tomyam bukan makan bawang dengan serai,” ujar netizen lain dengan nnaama Norsita Maharali berkenaan perbandingan tomyam Malaysia penuh serai.
“Mak aku pun kata order tomyam (di Malaysia) daging sikit sampah banyak,” komen GQueen.
Semoga kita boleh ambil contoh melalui video ini. Pelanggan akan rasa untung bila bayar lebih apabila mendapat tomyam yang best seperti ini. Win-Win situation namanya.
Sumber: miezie ezura