Tteokbokki atau rice cake ini merupakan makanan berasal dari Korea selatan yang agak popular di Malaysia. Kebiasaannya makanan ini boleh didapati di gerai-gerai tepi jalan. Kebanyakan remaja sekolah di Korea amat menggemari Tteokbokki ini.
Jika anda merupakan peminat makanan dari negara yang popular dengan muzik K-Pop ini, pastinya anda sudah terbiasa mendengar menu seperti rice cake atau nama terkenalnya tteokbokki yang mempunyai rasa pedas dan manis ini. Bagi anda yang tidak pernah mencuba, inilah masanya untuk membuat tteokbokki sendiri di rumah! Tidak perlu ke Korea dan tidak perlu susah-susah menghabiskan wang ringgit hanya untuk mencuba Tteokbokki ini.
1. Gaul semua bahan tadi dan uli seminit dua sahaja. Kemudian anda akan dapat hasil seperti di bawah. Mangkuk bersih, tepung tidak melekat di tangan. Jika melekat di tangan, taburkan sikit tepung pulut sehingga lembut dan boleh diuli. Kalau berderai, basahkan jari anda, kemudian uli lagi.
2. Taburkan tepung pulut di atas permukaan teokbokki dan uli.
3.Bahagikan kepada 4 bahagian.
4. Sebelum di uli. Sediakan 3 cawan air dalam periuk dan panaskan. Masukan 1 sudu minyak dalam air tersebut. Ambil satu untuk di uli. Kemudian, tutup bakinya menggunakan kain bersih dan lembab. Uli sampai semua siap.
5. Kemudian potong pendek-pendek . Pada masa ini, pastikan air susah mendidih.
6. Rebus dalam air tadi hingga nampak HAMPIR NAK TIMBUL. Kemudian, terus angkat dan toskan. Tidak perlu rebus terlalu lama, nanti kembang dah tak sedap ! Simpan air rebusan 1 senduk.
Setelah selesai membuat hidangan untuk Sos. Taburkan bijan sangai untuk lebih ‘nutty flavor’. Tak suka boleh abaikan.
Rasanya yang lembut dan pedas-pedas, manis sangat menyelerakan, selamat mencuba !
sumber: siraplimau