Penyewa rumah bermasalah bukanlah satu isu yang baru lagi, ia merupakan sebuah masalah yang sering dihadapi oleh pemilik rumah. Diharapkan rumah yang diberi sewa boleh dijaga dengan rapi namun tidak.
Terbaharu, ada seorang pemilik rumah telah berkongsi rasa terkilannya menerusi beberapa video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya. Dalam video-video tersebut beliau mendedahkan sikap pengotor bekas penyewa rumahnya yang difahamkan telah pindah tanpa sebarang notis.
Perkongsian dari seorang gadis yang dikenali sebagai sebagai Ayu Intan ini telah tular di TikTok. Menerusi perkongsiannya, bekas penyewa tersebut bukan sahaja telah meninggalkan rumah dengan keadaan yang teruk malah ditambah pula dengan bil yang tertunggak.
Difahamkan, rumah tersebut disewakan kepada sebuah keluarga dan ianya adalah rumah keluarganya. Apabila melihat situasi tersebut, Intan meluah rasa kecewa dengan sikap bekas penyewa tersebut yang dianggap tidak bertanggungjawab.
@ayintanxBalas kepada @emanwhuutt kalau berminat untuk part 3 sila kolej😉👍#fypシ#memberipengajaranbaginaksewarumahorang!#rasasedardiri!♬ bunyi asal – ayintanx
https://www.tiktok.com/@ayintanx/video/6928351922017619202?sender_device=pc&sender_web_id=6895950004839122434&is_from_webapp=v1&is_copy_url=0
@ayintanxBalas kepada @rslxdingtf argh cannot lah ,sedih lah macam ni l😭harap video ni bagi sedar dekat orang yang sewa yang tidak bertanggungjawab 😔#fypシシ♬ bunyi asal – ayintanx
https://www.tiktok.com/@ayintanx/video/6928415721785478401?sender_device=pc&sender_web_id=6895950004839122434&is_from_webapp=v1&is_copy_url=0
@ayintanxBalas kepada @aimy_20104 satu pengajaran ya😔🙏🏻saya tak niat nak bukak aib🥺berminat part ke 5 sila komen okey#fypシ♬ bunyi asal – ayintanx
https://www.tiktok.com/@ayintanx/video/6928612859433848065?sender_device=pc&sender_web_id=6895950004839122434&is_from_webapp=v1&is_copy_url=0
@ayintanxBalas kepada @piscesboy_e #fypシ#rasasedardiri
https://www.tiktok.com/@ayintanx/video/6928720477544271106?sender_device=pc&sender_web_id=6895950004839122434&is_from_webapp=v1&is_copy_url=0
Rumah yang ditinggalkan itu memang bersepah, dengan keadaan dapur yang tak terurus dan sampah dipenuhi ulat. Malah najis tikus juga kelihatan banyak. Bau tu memang tak tergambar. Dalam pada itu, Intan turut mendapati bahawa bekas penyewa itu turut mempunyai tunggakan bila air sebanyak RM224.91 dan bil elektrik terkin yang telah mencecah sebanyak RM3,431.150.
Menurut Intan, perkongsian tersebut dibuat bukanlah untuk membuka aib bekas penyewa rumahnya. Sebaliknya, beliau berkongsi agar perkara tersebut boleh dijadikan sebagai sebuah pengajaran.