Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Tuan Rumah Ini Kesal Ramai Orang Pergi Kenduri Ambil Nasi & Lauk Banyak, Tapi Buang Dalam Tong Sampah Bila Tak Habis

Tuan Rumah Ini Kesal Ramai Orang Pergi Kenduri Ambil Nasi & Lauk Banyak, Tapi Buang Dalam Tong Sampah Bila Tak Habis

Kategori:
pergi kenduri

Apabila hadir ke sesebuah majlis atau kenduri yang menjamu makanan, pasti banyak terhidang pelbagai aneka lauk pauk yang sedap. Ada yang sampai rambang mata tidak mengetahui makanan apa yang ingin diambil dan akhirnya mengambil semua.

Hal itu tidak salah. Tetapi apa yang mengecewakan apabila jika seseorang mengambil nasi dan lauk pauk yang banyak tanpa menghabiskan ia. Memang makanan yang disediakan percuma, tetapi itu bukanlah alasan untuk tetamu yang hadir mengamalkan pembaziran dengan sewenangnya.

Tuan Rumah Ini Kesal Ramai Orang Pergi Kenduri Ambil Nasi & Lauk Banyak, Tapi Buang Dalam Tong Sampah Bila Tak Habis

Seperti kata seorang aktivis Firdaus Shakirin, dia meluahkan rasa kesal dan kecewa terhadap segelintir tetamu di majlis kenduri adiknya baru-baru ini.

Menerusi perkongsiannya di laman Facebook, terdapat lima jenis hidangan lauk pauk yang disediakan diambil segelintir tetamu dengan kuantiti berlebihan.pergi kenduri

Apa yang mengecewakannya adalah melihat makanan yang diambil tidak dihabiskan dan terbuang begitu sahaja.

“Tiga hari lepas kenduri adik, ada lima jenis lauk pauk disediakan. Ayam goreng kunyit, lauk ikan bawal masam manis, daging masak gulai, daging masak serai dan kurma kambing.

“Semua jenis mereka sauk masuk dalam pinggan. Sauk pula banyak-banyak. Tak apalah, dah kenduri kan, dah meraka datang nak makan tak kan kita nak larang.

“Apabila kemas meja, tengok mereka buang dalam tong sampah. Semua jenis yang mereka ambil tu, cuit sikit-sikit je pun. Yang lain apa jadi tuan-tuan dan puan-puan? Buang,” jelasnya dalam perkongsian orang ramai pergi kenduri tetapi membazir tersebut.

“Semua Lauk Sauk Dalam Pinggan, Tapi Buang Bila Tak Habis..”pergi kenduri

Selain sajian utama, dia juga berkata pihaknya juga menyediakan hidangan sampingan seperti apam balik dan dorayaki untuk para tetamu terutama mereka yang tidak mahu menjamah makanan berunsurkan nasi.

Dan sekali lagi, dia turut kecewa apabila hal yang sama terjadi seperti pembaziran nasi dan lauk pauk tadi. Ada yang mengambil dengan kuantiti banyak tetapi tidak menjamah pun makanan tersebut.

Dia kemudian menjelaskan, sebagai tuan rumah mereka bukan mahu berkira kerana mahu meraikan dan berkongsi rezeki. Namun, perkongsian ini bertujuan untuk menegur segelintir manusia yang suka membuat pembaziran dengan cara begini.

“Orang Kita Banyak Macam Ni, Semoga Dijauhkan Perangai Sebegini”pergi kenduri

Semoga dapat diambil pengajaran dengan kisah ini bila pergi kenduri atau mana-mana majlis nanti.

Info: Gambar di dalam artikel ini adalah gambar hiasan.

Sumber: Firdaus Shakirin / mStar

Baca juga: “Tinggal Kerja Gaji Tinggi Untuk Ternak Lembu..”, Ini Kisah Inspirasi Loi Tuan Ee, Pengusaha Farm Fresh Yang Hebat

tags: | |