Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tukang Kayu Kongsi Cara Buat Rak Sinki Kayu Pine Berserta Tips Penjagaan. Bukan Sahaja Cantik Malah Lebih Jimat!

Tukang Kayu Kongsi Cara Buat Rak Sinki Kayu Pine Berserta Tips Penjagaan. Bukan Sahaja Cantik Malah Lebih Jimat!

Kategori: ,
cara buat rak sinki guna kayu pallet

Pasti ramai di antara kita yang menyukai perabot atau barangan yang menggunakan kayu pallet kan. Bukan semua kayu pallet tidak berkualiti tau. Kayu pallet yang dihasilkan daripada kayu pine merupakan salah satu kayu pallet yang berkualiti.

Jadi korang bolehlah pilih kayu pallet berjenis ini untuk dijadikan perabot dan diletakkan di kediaman rumah. Airiel Ibnu Sufian, ada membuat perkongsian mengenai frame sinki daripada kayu pine. Memang cukup cantik, menarik dan sangat praktikal.

Bagi korang yang teringin nak menghasilkan rak sinki sendiri, bolehlah tengok langkah-langkah yang dikongsikan oleh tukang kayu ini.

Cara buat rak sinki menggunakan kayu pallet 

Langkah 1: Beli sinki dan kemudian bentukkan frame seperti ini.

Langkah 2: Beginilah hasilnya setelah siap rangka untuk sinki tersebut. Pada bahagian hujung sinki sengaja dibuatkan ruang untuk memberi lebih keselesaan untuk dijadikan tempat penyediaan bahan-bahan masakan seperti memotong bawang dan sebagainya.

Langkah 3: Pemasangan kayu pada bahagian bawah untuk dijadikan rak dan sekali gus sebagai ruang storan yang lebih praktikal.

Langkah 4: Untuk memberi lebih fungsi pada bahagian hujung rak sinki, turut ditebuk untuk dijadikan sebagai tempat menggantung senduk dan sudip.

Langkah 5: Siap

Kayu pine tahan air ke?

Jawapannya adalah tak tahan kalau tiada penggunaan finishing material yang sesuai atau tiada finishing langsung.

Kayu pine akan tahan air bila menggunakan finishing material yang betul (wax) dan owner buat maintenance. Topup wax sekali atau dua kali setahun. Timber Hard Wax adalah salah satu finishing material yang membantu membuatkan apa jua jenis kayu menjadi kalis air dan dalam masa yang sama akan dapat effect glossy (berkilat). Warna urat kayu asal pun akan nampak lebih pekat.

Advantage Wax: 

  • Membuatkan kayu kalis air/cuaca.
  • Menaikkan warna asal kayu.
  • Mengembalikan rupa seakan baru pada perabot lama.
  • Sesuai digunakan untuk semua jenis perabot kayu/rotan.
  • Cepat kering.

Cara guna: 

  • Sapuan menggunakan berus/span. Tidak perlu bancuhan thinner. Untuk kali pertama, sapu sekurang-kurangnya 4 lapisan dengan jarak masa 3-4 jam antara setiap lapisan.
  • Penjagaan tahunan: Sapu satu lapisan sahaja setiap 6 bulan atau setahun sekali.

Kesimpulannya, kayu pine boleh tahan cuaca dan tahan air dalam jangka masa panjang sekiranya owner panda/rajin jaga. Of course tak boleh expect sekali buat finishing, boleh tahan 20 tahun. Mustahil sama sekali.

P/s: Boleh guna mana-mana brand wax. Yang penting betul wax untuk kayu. Jangan guna Wax brand Gatsby sudah. Tu untuk rambut.

Sumber: Airiel Ibnu Sufian

 

tags: |