Menurut artikel Muslim Networks, jika kucing anda toleran terhadap susu ataupun anda ingin memberikan sesuatu yang istimewa kepada kucing, hanya gunakan susu sebagai salah satu treats. Susu lembu/kambing sebenarnya tidak memberikan nutrisi yang ketara pun kepada kucing dan ia juga bukanlah pengganti makanan kucing yang baik.
Jadi, seperti snek treats yang lain, ia hanya perlu diberi sebanyak 10-15% sahaja daripada nilai diet harian seekor kucing.
Untuk mengelakkan obesiti, jangan beri susu melebihi 20-30 kalori setiap hari. Memandangkan secawan susu skim sudahpun mempunyai 83 kalori, anda hanya perlu berikan beberapa sudu sahaja susu kepada kucing untuk mengelakkan masalah berat badan kucing.
Dan seelok-eloknya berilah susu bebas laktosa, susu kambing atau susu khusus untuk kucing bagi proses pencernaan yang tidak bermasalah.
Seperti satu video yang tular di laman TikTok, dua ekor kucing sedang meminum susu kambing dengan kuantiti yang banyak. Tidak dapat dipastikan mengapa kucing tersebut meminum susu kambing dengan kuantiti yang banyak seperti itu, namun ia menarik kepada perbincangan orang ramai.
Kata sesetengah netizen, bukan semua kucing tidak mesra laktosa, namun ia hanya boleh dipastikan apabila kita beri kucing kita minum susu dan jika dia tidak muntah-muntah, maka dia mungkin mesra laktosa.
Kucing mesra laktosa boleh diberi minum semangkuk susu lembu/kambing tetapi tidak patut diberi selalu. Untuk alternatif sebagai jalan penyelesaian. Dapatkan susu tanpa laktosa untuk kucing anda daripada kedai haiwan yang berdekatan.
@nasionalbanyuwangi #kucingnyaNyusu#susukambing #foryoupage #tiktokberita #beritahiburan #nasionalbanyuwangi
@nasionalbanyuwangi #kucingnyaNyusu#susukambing #foryoupage #tiktokberita #beritahiburan #nasionalbanyuwangi ♬ suara asli – bosimam 🇮🇩
Anak kucing memang kena minum susu, dan susu paling sesuai adalah susu ibu (tentulah ibu kucing tu). Anak kucing akan mula bercerai susu sekitar umur 4 minggu dan sebelum itu sumber zat mereka hanya datang daripada susu ibu.
Melihat ruangan komen netizen lain, ada yang memuji kejadian terbabit dan ada juga yang memberi pendapat bahawa susu lembu/kambing tidak baik untuk kucing kerana banyak laktosa.
“Habis ini langsung cirit kucingnya. Kerana susu sapi banyak mengandung laktosa yang tidak baik buat pencernaan,” kata netizen bernama Ihsan Raw memberi komen video kambing tolong kucing kehausan.
Menerusi video kambing tolong kucinag kehausan ini, kita dapat simpulkan tentang penggunaan susu dan kucing ini. Buatlah keputusan dan rujukan yang betul kerana setiap kucing berbeza kemampuannya. Dalam situasi ini, sepatutnya laktosa akan diuraikan oleh enzim lactase kepada gula ringkas yang kemudiannya akan diserap oleh darah.
Sebaliknya susu yang tidak hadam akan kekal dalam sistem penghadaman di mana bakteria mula bertindak balas sehingga berlakunya penapaian.
Proses penapaian inilah yang membuatkan kucing terkentut-kentut, mengalami kembung perut atau juga muntah-muntah. Sebelum korang memilih susu untuk anak kucing, konsultasikan terlebih dahulu ke veterinar susu mana yang paling sesuai untuk anak kucing anda.
Hati-hati, semoga bulus korang baik-baik sahaja!
Sumber: Nasional Banyu Wangi