Sejak kebelakangan ini memang viral tentang isu Daging Harimau Menjerit ini. Isu berkenaan viral setelah ibu kepada Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed yang ingin mendaftar nama tersebut di perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Tindakan beliau pada ketika itu memang dikecam netizen sehingga beliau menarik balik pendaftaran nama tersebut. Beliau juga menjelaskan pendaftaran nama tersebut sebelum ini bukan berniat untuk menutup periuk orang ramai. Tetapi untuk melindungi penggayaan, susun atur grafik, kod warna dan tulisan perkataan ‘Harimau Menangis’ pada bungkusan produk.
Ekoran kejadian tersebut ramai yang membuka mulut dan bersuara mengenai Daging Harimau Menjerit ini. Kenapa ia diberi nama sedemikian rupa dan sebagainya. Termasuklah Permaisuri Agong kita iaitu Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.
Melalui instagram milik baginda, baginda berkongsi cerita atau makna sebenar kenapa ia dipanggil daging harimau menangis.
Menurut baginda Tunku Azizah, daging harimau menangis ini adalah bahagian dari lembu. Orang johor memanggilnya daging tetel. Hal tersebut diberitahu oleh arwah Dato Hussin.
Sambung baginda lagi, daging tetel ini biasa orang Johor akan buat seperti dalcha, singgang, asam pedas atau sup. Memang ada bahagian lembu yang dipanggil harimau menangis kerana apabila harimau akan menangis melihat bahagian tersebut (bahagian tetel).
Seperti juga daging batang pinang atau musir. Bahagian yang harimau menangis ini memang sedap. Lembut, lemak campur daging. Menurut Tunku Azizah juga tidak salah menyebut daging harimau menangis kerana itulah nama bahagian tersebut.
https://www.instagram.com/p/CKQaOnBB5RK/?utm_source=ig_web_copy_link
Sumber: Airtangan_tunkuazizah