Mesin penapis air sudah menjadi trend masa kini. Pasti di setiap rumah akan ada mesin penapis air ini. Tidak kira la yang berjenama mahal atau yang mampu milik. Penapis air ini merupakan satu perkara yang sangat penting dan sangat diperlukan dalam kehidupan seharian kita ini.
Dan ini ada nasihat penting kepada anda semua diluar sana. Sekiranya anda pengguna mesin penapis air tidak kiralah apa jenama sekali pun sama ada Coway, Cuckoo, Sk Magic, Al-Jabbar, Bio Ultra atau sebagainya. Anda di nasihatkan untuk menutup atau mematikan suis mesin air tersebut lebih-lebih lagi ketika tiada orang di rumah.
Ini kerana pemanas air sentiasa berfungsi walaupun tiada bekalan air. Cuba anda fikirkan, tiada air dan pemanasnya masih berfungsi seperti biasa. Apa agaknya yang akan terjadi? Ia mungkin boleh menyebabkan kebakaran tau.
Kebakaran tersebut adalah disebabkan oleh mesin air yang terbeban dengan kuasa pam mesin yang akan berjalan tanpa bekalan air dan menjadikan overheating dan seterusnya menyebabkan kebakaran.