Bapa adalah insan yang banyak memendam rasa dengan anak-anak kerana mereka perlu tunjukkan mereka adalah insan paling kuat. Walaupun pada ketika itu pelbagai masalah yang mereka terpaksa hadapi dan selesaikan demi anak-anak.
Tapi apabila mereka menunjukkan perangai kelakar mereka, tak kering gusi kita gelak kerana ada sahaja lawak ayah-ayah. Seperti pak cik atau mertua ini memberi ucapan untuk menantunya lain dari yang lain.
Video ucapan rare ini dikongsikan oleh byashfilms dan membuatkan pengantin lelaki cuak dengan ucapan mertuanya itu. Mahu tidak cuak apabila mertuanya sendiri memberitahu bahawa beliau sudah tidak boleh lari lagi.
Dikatakan majlis perkahwinan ini berlaku di negara jiran kita iaitu Singapura.
Selepas memberi ucapan alu-aluan begitu, beliau teruskan dengan ucapan menasihati menantunya supaya sentiasa menjaga anak perempuannya.
“Bawa dia ke Jannah, bimbing dia. It’s your responsibility now! Nak kahwin sangatkan?” gurau beliau lagi.
Beliau siap memberitahu kepada tetamu bahawa contohi lah beliau, mertua yang bagus.
Sesungguhnya, beliau tidak membuatkan majlis itu dalam keadaan ‘awkward’ dan membuatkan para tetamu gembira sahaja dengan lawak yang disampaikan oleh beliau.
https://www.tiktok.com/@byashfilms/video/7227530940426358017
@byashfilms Not your typical parent-in-law speech… takut tak? HAHA 🤠 #fypsg #sgtiktok #tiktoksg #fyp #foryou #raya2023 #eid2023 ♬ Suasana Hari Raya (COVER) – MAZRO AKHIRO
Menerusi di ruangan komen ramai yang ingin bapa mertua seperti beliau kerana sangat sporting dan amat menyayangi anak menantunya. Walaupun bergurau, masih selitkan nasihat yang bagus.
Semoga kita semua dikurniakan mertua yang baik dan terima kita seadanya. Bukan mudah untuk mereka lepaskan anak mereka kepada kita untuk hidup bersama. Kerana mereka tahu bahawa betapa peritnya untuk besar seorang anak hingga berjaya.
Amin!
Kredit: byashfilms