Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Udang Geragau Goreng Dahlia’s Kitchen

Resepi Udang Geragau Goreng Dahlia’s Kitchen

Kategori: ,,
Resepi Udang Geragau Goreng

Bagi sesetengah yang belum mengetahui apa itu udang geragau, udang geragau ini adalah udang baring yang mana kebiasannya terkenal di Melaka yang merupakan bahan utama untuk membuat cencalok. Tetapi hari ini saya nak kongsikan bersama anda resepi udang geragau goreng atau udang baring goreng. Biasanya kalau kita beli di kedai mesti tak puas hati kan sebab tepungnya lebih banyak dari udang geragau kan. Apa kata kita masak sendiri di rumah mengikut resepi yang saya sediakan untuk anda semua.

Udang Geragau Goreng Dahlia’s Kitchen

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1/2 kg udang geragau
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • Sedikit hirisan daun limau (optional)
  • Sedikit daun sup bawang (optional)
  • Garam secukup rasa
  • Air

Cara-cara penyediaan & memasak:

  1. Masukkan udang geragau, tepung gandum, telur, daun limau, daun sup bawang serta garam. Gaul sebati.
  2. Tambahkan sedikit air. Gaul sebati.
  3. Panaskan minyak, goreng adunan tadi hingga garing.
  4. Angkat dan sedia untuk dinikmati bersama sos cili.

Langkah-langkah selanjutnya sila rujuk pada tutorial video dibawah. Selamat mencuba! Cuba jangan tak cuba. Belum cuba belum tahu.

Kredit: Dahlia’s Kitchen

tags: | |