Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Udang Masak Rempah

Udang Masak Rempah

Kategori:
udang masak rempah

Kalau cakap pasal udang, mesti ramai yang suka kan. Resepi kali ini adalah udang masak rempah. Isi udang yang rasanya manis, pasti menambat selera sesiapa sahaja. Meh try resepi ini pasti menjilat jari.

Bahan-bahan

  • Minyak
  • 3 ulas bawang merah (dihiris )
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 sudu makan rempah kari ikan
  • Udang
  • 1 ulas bawang besar (dipotong dadu)
  • 1 biji cili merah besar (dihiris panjang)
  • Sos Tiram
  • Gula
  • Secukup Rasa

 Cara- cara

  1. Tumis bawang merah dan halia.
  2. Masukkan remah kari ikan. Kacau rata.
  3. Masukkan udang. Kacau lagi.
  4. Masukkan bawang besat, cili merah besar dan sos tiram.
  5. Tutup kuali sehingga udang berair.
  6. Perasakan dengan gula dan secukup rasa (jika kurang masin).
  7. Tutup lagi kuali. Kacau
  8. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba!

Rujuk video di bawah.

Sumber : Ani’s Home Recipe

 

tags: