Perkataan yang sering kali kita dengar, sedekah itu punca rezeki. Sedekah itu membuatkan rezeki kita bertambah. Semakin banyak yang kita bagi dekat orang, semakin banyak rezeki yang datang pada kita. Rezeki itu dalam pelbagai rupa bentuk. Termasuklah wang ringgit, kesihatan dan kebahagiaan.
Baru-baru ini Kuan Chee Heng atau lebih dikenali dengan Uncle Kentang ada berkongsi kisah beliau yang mendapat pulangan yang besar selepas bersedekah RM60. Menurut Uncle Kentang, beliau memberikan wang berjumlah RM60 kepada seorang individu sebagai bantuan semasa kegawatan akibat COVID-19. Kini, beliau mendapat pulangan berlipat kali ganda. Individu yang disedekahkannya itu telah membalas pemberiannya dengan 500 kilo ikan segar.
RM60 di balas dengan 500 kilo ikan segar
Berikut adalah perkongsian Uncle Kentang di laman facebook miliknya.
“RM 60 dapat 500 kilo ikan segar.
Aku terkejut. Talipon berdering banyak kali aku tak sempat layan. Dalam phone Covid Bagan Serai. I letak nombor itu sebagai penerima bantuan Covid. Beliau hanya mohon makanan sikit untuk musim Covid. Aku pun lepaskan RM 60 untuk beliau kerana masa itu ramai yang mohon. Hari ini 2/7/2020 aku di datangi satu panggilan talipon. Aku nak derma 500 kilo ikan pelbagai jenis segar kepada hang kata beliau. Terkejut aku. Kamu ni siapa? Jawab beliau. Aku orang yang pernah hang bantu semasa aku kelaparan. Terima kasih kerana bantu aku pada musim Covid.
Ya Tuhan… sedekah tak akan memiskinkan kamu… pasal aku lepaskan bantuan RM 60 kepada beliau, kini beliau nak derma ikan 500 kilo kepada saya setiap bulan sekiranya tangkapan ikan mencukupi. Dia pulak suruh aku agih kepada orang susah.
INI LAH KUASA SEDEKAH…. terima kasih semua.. “
Itulah kuasa sedekah…
Ye, itulah kuasa sedekah. Ianya sangat hebat. Kalau tak mampu nak sedekah banyak, sikit pun jadi. Kalau tak mampu juga, ukirlah senyuman kerana sedekah yang paling mudah dan senang ialah senyuman.
Sumber: Uncle Kentang & Siakap Keli