Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Untung RM1500 Sebulan Panjat Pokok Kelapa, Jual Air Nira Buat Menyara Keluarga

Untung RM1500 Sebulan Panjat Pokok Kelapa, Jual Air Nira Buat Menyara Keluarga

Kategori: ,
nira kelapa

Setiap tahun khususnya pada bulan puasa, seringkali kita melihat air nira kelapa ini dijual di tepi jalan atau bazar Ramadan hingga menjadi buruan ramai.

Selain rasanya yang unik, ia mampu memberikan sumber tenaga tambahan.

Pemprosesan air nira kelapa atau penyadapan adalah suatu proses mengumpul titisan air nira dari mayang kelapa matang.

Proses penyadapan ini dilakukan dengan teknik tertentu bagi memastikan titisan air nira berupaya keluar menitis ke dalam botol yang ditadah di hujung mayang kelapa.

Untung RM1500 Sebulan Panjat Pokok Kelapa, Jual Air Nira Buat Menyara Keluarga

Menyebut tentang nira kelapa, seorang bekas pemandu bas mengambil inisiatif memajak pokok kelapa daripada penduduk kampung bagi memperoleh bekalan air nira.

Menurut Sinar Harian, dia menjual nira segar itu sekali gus membantu menjana pendapatan menyara keluarga.

Rosniman Ishak, 44 berkata, dia telah memajak kira-kira 10 batang pokok kelapa di mana setiap sebatang pokok dibayar RM10 setiap bulan. nira kelapa

Menurutnya, kebiasaan pokok kelapa yang di pajak bera  da di sekitar rumah atau dalam kebun pemiliknya.

“Selepas berhenti kerja sebagai pemandu bas di ibu negara pada 2018 dan berhijrah ke kampung Tok Dor, saya tiada pekerjaan untuk menyara keluarga dan anak-anak.”

“Jadi saya mula terfikir untuk pajak pokok kelapa. Waktu itu saya tiada pokok kelapa yang sesuai untuk memperoleh bekalan air nira segar setiap hari,” katanya.

Pernah Tolong Ayah Cari Nira Waktu Kecil, Pengalaman Mendewasakannira kelapa

Rosniman berkata, kaedah pengumpulan air nira kelapa diperoleh hasil pengalaman mengikut dan membantu ayahnya mencari sumber manisan itu sejak kecil.

Katanya, dia kini mampu meraih pendapatan RM1,500 sebulan hasil daripada jualan nira tersebut.

“Dengan jumlah pokok yang ada ini saya mampu mendapatkan air nira kira-kira 70 hingga 100 liter air nira kelapa dalam seminggu. Dan ia akan dijual setiap hari sekitar harga RM10 sebotol.

“Saya akan tuai hasil air nira ini dua kali sehari iaitu pada sebelah pagi selepas Subuh dan waktu petang selepas Asar,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Baca juga: “Kami Pernah Rasa Susah..”, Tindakan Peniaga Asip Burger Dipuji Ramai, Bantu Orang Memerlukan

tags: | |