Demi untuk kelangsungan hidup, seorang pak cik berusia 80 tahun tidak kenal erti penat lelah dalam mencari rezeki. Walaupun dah lanjut usia, dia tetap gigih bekerja untuk menyara isteri serta cucunya.
Perkongsian ini dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, Aida Aidil yang juga merupakan pelanggan tetap pak cik yang menjual air kelapa ini. Aida memberitahu perkongsiannya ini adalah untuk memberi pengajaran kepada orang muda.
Lihat perkongsian lengkap oleh Aida di bawah.
“Jangan take them for granted..”
Aku tak boleh kalau bab mcm ni sumpah bukan nak menunjuk tapi saje nak bagi peringatan kat kita yang muda. Jangan take them for granted. Mcm mana kita buat kat parents kita mcm tu anak kita akan buat kat kita bila kita dah tua. Pakcik ni dah 80 tahun! Isteri jaga cucu kat rumah.
Aku tak boleh kalau bab mcm ni sumpah bukan nak menunjuk tapi saje nak bagi peringatan kat kita yang muda. Jangan take them for granted. Mcm mana kita buat kat parents kita mcm tu anak kita akan buat kat kita bila kita dah tua. Pakcik ni dah 80 tahun! Isteri jaga cucu kat rumah. pic.twitter.com/t935KWsBoe
— A I D A . A I D I L (@AidaAidil) February 3, 2021
Aku tak kenal pakcik ni tapi mmg dah kebiasaan aku kalau membeli ngan org mcm ni aku suka nak tanya sebab kadang ada yang jenis nak share problem mungkin boleh tolong dorang ringankan beban sikit2. Sekali lagi aku bukan nak riak. Selagi aku mampu insyallah aku akan tolong.
Bila aku tengok pakcik ni aku terbayang tokki aku dulu lebih kurang mcm ni la. Abah aku pun kalau dah umur mcm ni mungkin mcm ni juga susuk dia. Aku jarang balik kampung bila balik nampak sgt perubahan parents aku. pic.twitter.com/EvgrZ3thDJ
— A I D A . A I D I L (@AidaAidil) February 3, 2021
“Terbayang tokki kat kampung..”
Bila aku tengok pakcik ni aku terbayang tokki aku dulu lebih kurang mcm ni la. Abah aku pun kalau dah umur mcm ni mungkin mcm ni juga susuk dia. Aku jarang balik kampung bila balik nampak sgt perubahan parents aku.
As a designer. Aku cuba buat mana yang aku rasa perlu untuk marketing pakcik ni. Harap sesiapa yang baca ni akan dapat manfaat dan its time for us to give back to our parents. Sedekah tu bukan dari aku sahaja, ada juga dari kawan2. tak dapt bantu banyak. pic.twitter.com/owSJ0CLxkr
— A I D A . A I D I L (@AidaAidil) February 3, 2021
As a designer. Aku cuba buat mana yang aku rasa perlu untuk marketing pakcik ni. Harap sesiapa yang baca ni akan dapat manfaat dan its time for us to give back to our parents. Sedekah tu bukan dari aku sahaja, ada juga dari kawan2. tak dapt bantu banyak.
Semoga rezeki pakcik ni murah dah sentiasa dilindungi dari kesakitan. pic.twitter.com/M5XMcReros
— A I D A . A I D I L (@AidaAidil) February 3, 2021
Semoga rezeki pakcik ni murah dah sentiasa dilindungi dari kesakitan.
Part yang aku paling tak boleh nak hadap 😠pic.twitter.com/Zk40Is0tyV
— A I D A . A I D I L (@AidaAidil) February 3, 2021
Part yang aku paling tak boleh nak hadap
Btw aku rakam sebab aku nak anak2 yang ada mak bapak yanb sebaya pakcik ni tengok and renung kat mak bapak masing2. Sanggup ke weh tengok dorang kerja mcm ni. Bg doranv jaga cucu lagi. Pakcik ckp dia kerja sebab kena bayar bills aku tanak tanya banyak nanti bengkak mata aku. pic.twitter.com/bDiV96MOjY
— A I D A . A I D I L (@AidaAidil) February 3, 2021
Btw aku rakam sebab aku nak anak2 yang ada mak bapak yang sebaya pakcik ni tengok and renung kat mak bapak masing2. Sanggup ke weh tengok dorang kerja mcm ni. Bg doranv jaga cucu lagi. Pakcik ckp dia kerja sebab kena bayar bills aku tanak tanya banyak nanti bengkak mata aku.
The purpose saya buat thread ni bukan nak mengaibkan anak menantu pakcik ni ya. Focus saya hanya untuk kelangsungan hidup pakcik ni je. Meringankan beban dia. Maaf kalau ada yang rasa saya aibkan anak menantu dia. Saya sebak tengok org tua kena hadap benda mcm ni.
Lokasi Pak Cik Jual Kelapa
Lokasi lori pak cik ini adalah di kawasan Bandar Puteri, Klang. Tempatnya agak tersorok tetapi berdekatan dengan laluan orang ramai. Jalan ini di antara laluan orang naik dan turun dari KESAS. Mungkin tidak asing bagi mereka yang tinggal di kawasan Johan Setia.
Kredit: Aida Aidil