Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Sayur Campur Special Kes Suami Tembak…”, Video Masakan Maria Tunku Sabri Dikutuk Netizen Gara-Gara Tak Jaga Sensitiviti

“Sayur Campur Special Kes Suami Tembak…”, Video Masakan Maria Tunku Sabri Dikutuk Netizen Gara-Gara Tak Jaga Sensitiviti

Kategori:
maria tunku sabri dikecam

Pastinya masih ramai yang mengenali Maria Tunku Sabri ini. Beliau pernah menjadi pengacara Jalan Jalan Cari Makan. Selepas berhenti dari menjadi pengacara bagi rancangan tersebut beliau kerap memuat naik pelbagai video masakan di laman Instagram miliknya.

Seperti sebelum ini, Maria sering meletakkan tajuk resepi yang unik kerana menggabungkan nama masakan tersebut dengan berita semasa yang popular pada ketika itu. Walaubagaimanpun, ramai yang tidak berpuas hati apabila melihat tajuk terbaru masakannya yang sepertinya kurang sensitif.

Malah ada juga yang marah dan kecewa kerana ini bukan kali pertama Maria menamakan masakannya dengan isu yang sensitif. Malah yang terbaharu, kisah mengenai seorang isteri yang dibvnuh oleh suaminya sendiri dengan senapang sebelum dimasukkan ke dalam tong dan ditanam di sebuah ladang serai.

Selepas kejadian itu heboh, Maria telah memuat naik sebuah video masakan dengan tajuk “Suami Tembak Isteri Sumbat Dalam Tong Sekali Dengan Sayur Campur Special” sebelum menukarnya kepada “Sayur Campur Special Sedih Kes Suami Tembak Isteri Masuk Dalam Tong”

Hal tersebut telah dikritik oleh seorang Chef terkenal iaitu Dee Dee di Instagram dan menganggap Maria tidak sensitif dalam pemilihan tajuknya. Bahkan semua komen kritikan di video masakan tersebut didakwa telah dipadam oleh selebriti tersebut dan hanya komen positif sahaja yang dapat dibaca pada ketika ini.

Menjengah ke ruangan komen perkongsiaan Chef Dee Dee, rata-rata netizen turut mengkritik Maria kerana tergamak menggunakan tajuk sedemikian memandangkan ia mungkin akan membuatkan ahli keluarga mangsa sedih.

Serius tak kelakar…

This is very very rude…

tags: