Dalam berniaga, layanan peniaga terhadap pelanggan memainkan peranan yang penting. Ini kerana, jika pelanggan berasa selesa dan senang berinteraksi dengan peniaga itu sendiri, ia akan sekaligus membuatkan pelanggan ingin berkunjung ke kedai itu semula.
Seperti layanan pelanggan seorang penjual pisang goreng yang popular dengan nama Banana Dibs, dia melayan kesemua pelanggannya dengan baik dan sopan. Penjual yang dikenali dengan nama Adib itu terkenal di laman TikTok terutamanya apabila cara dia berinteraksi dengan pelanggan begitu lembut (soft spoken) dengan nada suaranya yang menarik perhatian.
Salah sebuah perkongsian video dia berinteraksi dengan seorang pelanggan tular di media sosial dengan gelaran video ‘Adib Biasa’. Ini kerana, ketika Adib menanyakan permintaan perisa bagi pisang cheese itu, dia menggunakan pertanyaan ‘biasa?’ sambil melenggokan kepala dan hal itu menarik perhatian ramai.
“Biasa? Biasa maksudnya? Dengan nutella. Nutella cheese..”, soalnya dalam interaksi dengan pelanggan ketika jual pisang goreng tersebut.
@bananadibs Bestnya jadi abang kebab …
@bananadibsBestnya jadi abang kebab …♬ original sound – Banana Dibs 🍌
Bukan setakat itu, ramai yang telah ‘stitch’ videonya dengan pelbagai konten yang lawak dengan bermacam konteks dan unsur jenaka.
Seperti video balas dari Imran Bard yang terkenal dengan lawak jenakanya di media sosial, dia juga telah membalas video Adib, penjual pisang goreng dengan caranya tersendiri.
@imeringue2 #stitch with @Banana Dibs 🍌
♬ original sound – Anaq Kiriman Heaven – Anaq Kiriman Heaven
@imeringue2 #stitch with @Banana Dibs 🍌 ♬ original sound – Anaq Kiriman Heaven
Meninjau ruangan komen, ramai yang tertarik dan memberikan pujian kepada Adib pisang goreng apabila melihat caranya melayan pelanggan.
“Astaga kalau saya kena layan macam tu pun terus saya bawa kawin oh,” kata seorang netizen terhadap video Adib jual pisang goreng tersebut.
“Aduh soft spoken betul cara layan pelanggan,” ujar netizen lain dengan nama Faiz.
Dengan terbuktinya tular video Adib jual pisang goreng dan layan pelanggan dengan elok, tidak disangkal lagi bahawa cara berinteraksi dengan pelanggan akan menjadikan perniagaan semakin disukai ramai.
Setiap peniaga ada cara tersendiri. Sesiapa yang ingin berkunjung ke jualan pisang goreng Adib, bolehlah ke tempat seperti lokasi yang tertera di bawah.
Lokasi: Selera Anak Tanjung, Kajang
Sumber: Bananadibs