Roti Canai merupakan hidangan yang memang dikatakan melambangkan identiti rakyat Malaysia. Harga Roti Canai yang biasa didapati di Kedai Mamak atau Kedai Melayu/Cina/India biasanya lebih kurang RM1-RM3 sekeping.
Lain pula yang terjadi dengan pengalaman seorang pelanggan yang memakan Roti Canai di sebuah restoran apabila dikenakan harga sehingga RM11.
Hantaran pelanggan tersebut tular dan mendapat perhatian orang ramai hingga tercetus perdebatan di kalangan netizen.
“Roti di awangan berterbangan..roti 1800 meter..”, tulisnya di hantaran terbabit.
Hantarannya tidak bermaksud untuk mengecam mana-mana pihak. Dia hanya berkongsi tentang Roti Canai RM11 yang dimakannya di sana.
Rata-rata netizen juga bersetuju harga Roti Canai dikenakan dengan harga yang tinggi selepas melihat kepada lokasi tempat.
Kata netizen, mungkin faktor tempat menjadi faktor utama mengapa Roti Canai RM11 berkenaan dicaj dengan harga tinggi.
Lokasi restoran berkenaan terletak di Genting Highland yang merupakan kawasan ‘harga tinggi’.
“Patutlah mahal, mungkin atas faktor tempat”, kata salah seorang netizen memberi komen.
Tetapi, ada juga netizen mempersoalkan hal terbabit apabila melihat harga roti canai yang lain.
Menerusi paparan resit terbabit, Roti Canai Kosong berharga RM9 dan Roti Canai Telur RM11. Ia merupakan harga yang tinggi bagi Roti Canai Kosong.
“Mahal juga kalau Roti Kosong RM9. Mungkin boleh tengok balik…”
Sumber: Hairil Aien
Baca juga: Kenapa Kedai Mamak Maju Dan Boleh Bertahan Lama Tanpa Buat Marketing Gempak? Ini Sebabnya..