Restoran atau kedai makan merupakan penyelamat kita semua tatkala perut terasa lapar namun malas untuk memasak. Lambakan kedai makan pada zaman sekarang langsung tidak menjadi masalah jika malas atau tidak pandai memasak.
Pergi sahaja ke mana-mana kedai dan pesan apa yang diinginkan. Jika kedai yang dikunjungi menyediakan servis yang terbaik dan tip top pastinya kita akan mengunjungi kedai tersebut berkali-kali.
Bukan itu sahaja, pastinya kita akan maklumkan kepada kawan-kawan atau kenalan berkenaan kedai tersebut. Selain servis yang disediakan terbaik, layanan pemilik kedai juga memainkan peranan yang penting.
Jika layanan yang diberikan buruk pastinya kedai tersebut sudah tidak dikunjungi lagi. Pelbagai cara yang dilakukan oleh pemilik kedai yang inginkan kedai mereka sentiasa laris dan dipenuhi pelanggan.
Bukan sekadar menyediakan makanan yang sedap, tempat dan peralatan yang bersih namun ada juga yang menggunakan pelbagai cara semata-mata untuk melariskan perniagaan. Bahkan demi melariskan perniagaan, ada segelintir peniaga yang sanggup menggunakan cara yang salah.
Berkenaan dengan isu ini, terbaharu viral sebuah restoran atau kedai makan yang terletak di Setiu, Terengganu ini cukup membuatkan orang ramai mengucap panjang. Mana tidaknya, pelayan restoran berkenaan memiliki bentuk badan yang menggiurkan dan berpakaian kurang sopan menarik perhatian ramai pelanggan lelaki.
Tidak kira pada bila-bila masa, lebih-lebih lagi pada hujung minggu, restoran berkenaan sentiasa dipenuhi dengan pengunjung. Pengunjung yang hadir bukanlah dari negeri Terengganu sahaja bahkan juga dari negeri lain.
Pelanggan yang hadir ke restoran berkenaan bukan sekadar untuk makan atau menikmati minuman namun untuk ‘mencuci mata’ juga.
Video yang sempat dikongsikan oleh seorang lelaki menerusi aplikasi TikTok dan kemudiannya dipadam namun sempat dikongsikan kembali oleh individu lain di laman Facebook cukup membuatkan masyarakat Melayu berasa marah.
Walaubagaimanapun, ramai juga yang mendoakan supaya pelayan restoran berkenaan berubah ke arah yang lebih baik. Kata mereka, cara yang digunakan untuk menarik pengunjung adalah tidak kena memandangkan ianya memburukkan imej kita sebagai orang yang beragama Islam.
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warganet yang menonton. Ada yang berasa marah dan ada juga yang berasa kasihan kerana semuanya adalah anak Melayu. Semoga kita semua diampunkan dosa.
Tidak kurang juga ada yang mengucap dan mendoakan agar Allah memberikan pengajaran buat hambanya yang alpa. Dalam masa yang sama, ada juga yang menulis auto tidur luar selepas melihat lelaki di dalam video berkenaan.
Allahuakhbar. Sejujurnya tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak namun semoga kisah ini menjadi pengajaran untuk kita semua. Ayuh kita sama-sama doakan supaya mana-mana individu yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung agar berubah ke jalan yang benar.
Sebagai manusia biasa, siapa pun kita, kita tidak pernah lari dari melakukan kesilapan dan dosa. Moga kita semua diampunkan dosa, dosa-dosa sebelum ini, dosa-dosa hari ini dan dosa-dosa akan datang. Ayuh kita sama-sama mendoakan antara satu sama lain agar sentiasa mendapat keredhaan Allah dalam segenap perkara.