Perkhidmatan katering sudah menjadi satu keperluan di majlis makan-makan atau menjamu selera bagi menyediakan juadah kepada tetamu yang hadir.
Lebih-lebih lagi ketika diadakan majlis kenduri kahwin, perkhidmatan katering menjadi perkhidmatan wajib kerana lebih mudah dan ideal untuk menjamu orang ramai.
Boleh dikatakan, hanya 15% orang menganjurkan kenduri dengan memasak dan menggunakan keringat sendiri sekarang.
Bercakap mengenai hal itu, sebuah video tentang seorang tetamu di sebuah kenduri bergaduh dengan pekerja katering tular kerana ingin bungkus makanan katering mencetuskan banyak komen dari orang ramai.
Menerusi video berkenaan, dilihat seorang wanita yang merupakan tetamu dari kenduri itu meminta pekerja katering membungkus makanan kepadanya untuk dibawa balik.
Dia juga seperti sudah menyediakan bekas untuk tujuan berkenaan.
“Takkan tak boleh tapau. Acik nak 2 jenis lauk je,” kata wanita terbabit yang ditolak permintaannya oleh pekerja katering yang mengatakan mereka tidak mendapat sebarang arahan daripada tuan rumah.
“Dah makan nak bungkus pulak. Dah la kenduri ni guna katering. Majlis belum start. Baru pukul 10.30 pagi time ni. Yang minta tapau dengan budak-budak katering ni sama taknak kalah. Korang rasa bila nak habis culture tapau lauk kenduri?”, tulis pemilik video terbabit yang melihat situasi kecoh berkenaan di sebuah kenduri.
@wan_takaful Time tengah record video lauk pengantin, tibe2 dengar kecoh2 pasal ni ❗️ #fypシ #tapau #bungkus #kenduri #makcikbawang
@wan_takaful Time tengah record video lauk pengantin, tibe2 dengar kecoh2 pasal ni ❗️ #fypシ #tapau #bungkus #kenduri #makcikbawang ♬ Suspenseful and tense orchestra(1318015) – SoLaTiDo
Melihat kepada ruangan komen, ramai yang kecewa dengan sikap wanita terbabit apabila memaksa pekerja katering tersebut membungkus makanan untuknya.
“Dah standby bekas, biasa buat ni..”, kata Zaewaizz.
“Setahu aku, tapau lauk kenduri ni cuma valid lepas dah habis majlis. Ni sebelum start dah minta tapau,” soal netizen lain dengan nama Arr_zery98.
“Saya kerja catering juga. Biasa kalau ada yang macam ni, saya akan cakap saya tanya tuan rumah dulu. Hahaha. Memang ada pun jenis macam ni lepastu kata kami kedekut”, kata Shafikah Hassim.
Semoga perkara ini menjadi pengajaran buat semua. Mungkin boleh bungkus dengan keizinan tuan rumah tanpa perlu bergaduh dengan pihak katering. Apa-apa pun, semoga dipermudahkan urusan buat semua.
Sumber: wan_takaful