Tidak semua orang wanita pandai membuat suara kepit dan comel. Ada yang rasa benda itu comel, tapi ada juga yang rasa benda itu menjengkelkan. Mungkin ramai yang berfikir bahawa membuat suara comel ini hanya untuk mendapat perhatian orang lelaki lain. Tetapi bukan semua begitu.
Selain itu, setiap orang juga mempunyai cara gelak masing masing dan ianya sangat unik kerana melambangkan diri kita sendiri.
Video bedurasi 3 minit ini dikongsikan oleh keerahshm di laman media sosial beliau di TikTok. Ramai yang terhibur dengan cara beliau yang sedang mencuba untuk membuat suara kepit. Tetapi, bukan itu yang netizen terhibur. Netizen terhibur dengan cara beliau gelak secara senyap dan hanya berbunyi angin sahaja.
Apa yang lebih mencuit hati, beliau sedaya upaya untuk membuat suara kepit malah beliau terhibur dengan diri sendiri kerana tidak dapat membuat demikian.
“Macam mak nyah je?”, kata beliau selepas percubaan pertama untuk membuat suara kepit dan sambil gelak senyap dan keluar angin sahaja.
Apa yang lagi menghiburkan ialah, beliau cuba memasukkan coklat kinder bueno tersebut kedalam mulut beliau ketika sedang gelak. Netizen bimbang jika beliau tercekik coklat tersebut ketika sedang gelak ketawa.
@keerahshm Basah ketiak aku buat suara kepit 🤣 #fyp #fyp #xzyfyp #fakesituation⚠️
@keerahshm Basah ketiak aku buat suara kepit 🤣 #fyp #fyp #xzyfyp #fakesituation⚠️ ♬ original sound – CEO OF GELAK
Meninjau di ruangan komen, ramai yang terhibur kerana jarang sekali untuk berjumpa dengan orang gelak cara ini dan terhibur dengan lawak sendiri.
“Gelak kat library be like.”, komen netizen Aman kepada wanita ini.
“Ketawa tiada suara.”, komen netizen Rizal lah ini terhibur dengan wanita ini dengan cara ketawanya.
Netizen berharap wanita ini sentiasa menghasilkan video lawak seperti ini lagi kerana dapat membuat mereka terhibur dan gelak tak kering gusi.
Jadi, anda yang mempunyai gelak yang unik janganlah malu kerana itulah yang melambang keunikan diri kita sendiri.
Kredit: keerahshm