Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Wanita Ini Cetus ‘Kemarahan’ Netizen, Patut Kena Kuarantin Tapi Siap Ke Restoran

Wanita Ini Cetus ‘Kemarahan’ Netizen, Patut Kena Kuarantin Tapi Siap Ke Restoran

Kategori: ,
Kuarantin

Tular di media sosial, foto seorang wanita yang dipercayai melanggar tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah. Hal itu mengundang kebimbangan dan kemarahan dalam kalangan netizen kerana tidak kuarantin diri.

Difahamkan, wanita itu sedang makan di sebuah kafe di Bandar Meru Jaya di Ipoh, Perak jelas menunjukkan gelang tangan (wristband) berwarna merah jambu di tangan kanannya yang menandakan beliau di bawah kuarantin COVID-19.

Susulan penularan rakaman itu, pemilik kafe berkenaan tampil membuat kenyataan di laman Facebook bagi menepis tohmahan bahawa premis tersebut gagal melakukan tapisan ke atas pelanggan.

Kami dah beri pun buku senarai pelanggan mengikut sop . Cek suhu semua buat . Cuma kami tak ada hak selak lengan baju orang tu je ! Dan siapa tahu masa nak cek mak cik tak bergejala . Dia sendiri tahu dia patut dikuarantin, boleh jadikan dia sorok dari kami ?

Walaubagaimanapun, wanita itu sudah disahkan negatif dan sudah melepasi tempoh kuarantin 14 hari dan sudah buat ujian swab test kali kedia.

Hanaz Cafe bebas dari covid ye. Kami tiada arahan penutupan kerana pegawai sendiri sah kan Mak cik gelang pink negatif daripada covid . Mak cik dicari bagi tujuan tindakan undang undang kerana melanggar arahan KKM.

Hal itu turut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan netizen kerana bimbang boleh menular di dalam kalangan rakyat kerana jika didapati positif, ia boleh merebak tanpa disedari.

 

Sumber: Astro Awani, Nurul Chu Hada Karim

tags: