Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Janganlah Biadap Sangat..”, Wanita Ini Dikecam Kerana Masak Ular Sawa, Netizen Minta Hormat Agama Lain!

“Janganlah Biadap Sangat..”, Wanita Ini Dikecam Kerana Masak Ular Sawa, Netizen Minta Hormat Agama Lain!

Kategori:

Ular merupakan sejenis reptilia yang haram sama sekali untuk dimakan dalam Islam. Namun bagi orang yang bukan Islam, ia merupakan satu kebiasaan dan tidak menjadi masalah untuk mereka makan atau menyediakan hidangan berasaskan ular ini.

Seperti mana yang dikongsikan oleh Ayang, yang mana merupakan orang Sabah. Dia telah menunjukkan cara memasak ular sawa menerusi video yang berdurasi selama 27 saat di TikTok itu.

Menerusi video berkenaan, kelihatan sepotong badan ular sawa dibasuh kemudiannya dipotong. Lalu ia dimasak dan dipanggil Kari Sawa dan juga Sawa Bakuteh.

@dailymediamy

WAHH .. Makanan yg unik dan jarang2 kita jumpa ( via @321lundus ) #dailymakan #MYfoodie #sabah #nonhalal

♬ Kasih Slow – Nonna 3In1

@321lundus kecam bercabang lidah 😛🐍#nonhalal #food #sabahan #sabahantiktokers #indonesia @kemelatupanz ♬ Kasih Slow – Nonna 3In1

Menjengah ke ruangan komen, ada netizen yang seolah-olah mengecam dan menyindir tindakan Ayang ini. Ekoran itu ada netizen yang meminta mereka yang mengecam ini agar menghormati agama lain.

Dalam masa yang sama ada juga netizen yang sempat berkongsi cerita menyatakan kebiasaanya orang Sarawak tidak akan memanggil bomba apabila ada ular memasukki rumah mereka. Sebab mereka pasti akan memasak ular berkenaan.

Tidak kurang juga ada yang menyatakan bukan semua orang Sabah dan Sarawak makan ular. Ada juga yang tidak makan, namun jika di sana makan ular adalah satu kebiasaan.

Ular auto masuk kuali..

Hormat la..

Komen tu janganlah biadap sangat..

Selamat menjamu selera..

 

Benar apa yang dikatakan oleh sesetengah netizen yang mana meminta agar kita menghormati agama orang lain. Beragama apa sekalipun kita ini, lebih-lebih lagi Islam hormatilah agama orang lain agar agama kita juga dihormati.

Kredit: TikTok Ayang

Baca juga: Disangka Cacing Rupanya Ular, Lelaki Ini Terkejut Temui Ular Berbisa Dalam Bungkusan Sayur Yang Dibeli Dari Supermarket

tags: |