Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Tak Ada Istilah Broken Family..” Wanita Duduk Semeja Dengan Bekas Isteri Suami & Anak Tiri Buat Ramai Bangga 

“Tak Ada Istilah Broken Family..” Wanita Duduk Semeja Dengan Bekas Isteri Suami & Anak Tiri Buat Ramai Bangga 

Kategori:
duduk semeja dengan bekas isteri suami

Setiap kehidupan di atas dunia ini pasti akan ada ujiannya yang tersendiri. Setiap individu tidak akan pernah lari dan tidak boleh lari dengan ujian. Tidak kira diuji dengan kehilangan kerja, tempat tinggal atau pun kematian orang tersayang mahu pun perceraian.

Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga sememangnya tidak inginkan perceraian. Siapa yang nak perkara buruk berlakukan? Namun itulah kehidupan, Allah memberikan ujian pasti akan ada hikmahnya.

Namun itulah, apabila berlakunya perceraian antara suami isteri, ia sedikit sebanyak memberikan kesan kepada anak-anak. Jika hubungan antara kedua-duanya masih lagi dalam keadaan baik tidak mengapa.

Tetapi jika berlakunya perkara buruk seperti langsung tidak mengambil tahu atau memberikan nafkah untuk anak-anak, itulah yang menjadi masalah. Bukan sahaja si ibu akan tertekan, anak-anak juga bakal merasai tempiasnya.

Namun jika hubungan antara satu sama lain dalam keadaan baik dan tiada benci antara satu sama lain, alangkah bagus dan bahagianya. Lebih-lebih lagi untuk anak-anak.

Wanita Duduk Semeja Dengan Bekas Isteri Suami & Anak Tiri Buat Ramai Bangga

Berkenaan dengan isu ini, seorang wanita yang dikenali dengan nama amira.zamhuri menerusi aplikasi TikTok sempat berkongsi sebuah video berkenaan dengan penemuan lapan mata antara bekas isteri suami dan anak tirinya.

Jarang berlaku, isteri baru boleh duduk sekali dan makan semeja dengan bekas isteri serta anak-anak dalam keadaan baik-baik sahaja. Tidak berlakunya sebarang pergaduhan, memandangkan ianya adalah satu perkara yang agak mustahil untuk dilakukan oleh pasangan yang bercerai dan kemudiannya berkahwin lain.

Namun Amira dan pasangan mampu melakukannya, malah kelihatan bekas isteri suaminya itu duduk di tepinya serta suami dan anaknya di bahagian depannya. Ekoran video ini, ia membuatkan orang ramai berasa bangga akan sikap matang mereka ini.

@mira.burger

Duduk semeja 8 mata. Me, husband, ex wife husband & Ayiesh (my step son). Tak ada istilah broken family. Tetap sepakat demi amanah yang satu ni.

♬ Bintang di Surga – Noah

@amira.zamhuriDuduk semeja 8 mata. Me, husband, ex wife husband & Ayiesh (my step son). Tak ada istilah broken family. Tetap sepakat demi amanah yang satu ni.

♬ Bintang di Surga – Noah

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok. Bukan sahaja ramai yang berasa bangga namun ada juga yang mengucapkan tahniah kepada wanita ini. Katanya dia hari-hari menangis tengok anak-anak buah hadapi situasi ni.

“Im glad still ada orang yang macam ni..”

Tidak kurang juga ada yang mendoakan keluarga ini semoga sayang sampai syurga. Dalam masa yang sama, ada juga anak kepada pasangan bercerai yang menulis, ” Best nyaa.. mak ayah saya duduk sekali dalam majlis nikah kakak pon tak nak”.

“Alhamdulillah semoga sampai syurga..”

Menurut Amira di ruangan komen, sewaktu awal perkahwinan dia dan suaminya dahulu ada sahaja pergaduhan yang berlaku namun tetap akan berbaik dan sepakat. Apa yang dilakukan semuanya adalah untuk kebaikan anak-anak.

Semoga keluarga ini terus kekal bahagia dan dalam keadaan baik sentiasa. Buat mereka semua di luar sana yang tidak bernasib baik, sabar dan percayalah, pasti akan ada hikmah akan setiap perkara yang berlaku. Kuatkan semangat!

Sumber: TikTok amira.zamhuri

Baca juga: “Bukan Sedut. Mulut Tu Nganga Luas-Luas” Gelagat Orang Putih Makan Pakai Tangan Raih Perhatian Ramai

tags: | | | |