Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Beli Ayam Dari Pasaraya, Wanita Geli Bila Temui ‘Makhluk Tak Diundang’ Saat Menggoreng!

Beli Ayam Dari Pasaraya, Wanita Geli Bila Temui ‘Makhluk Tak Diundang’ Saat Menggoreng!

Kategori:
ayam goreng

Ayam merupakan antara hidangan yang paling digemari oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Dengan ayam pelbagai jenis hidangan atau lauk yang kita boleh sediakan. Dari yang senang, sehinggalah yang susah. Kalau waktu nak cepat, goreng kunyit je ayam tu. Lepas tu ayam goreng tersebut makan je dengan kicap. Itu pun sudah cukup.

Berkenaan dengan ayam goreng ini ada seorang wanita di group Masak Apa Tak Jadi Hari Ini sempat berkongsi kejadian menggelikan saat menggoreng ayam. Menurut Siti Katijah, pada awalnya dia nak buat ayam goreng masak kicap namun tak menjadi. Sewaktu tengah menggoreng, tiba-tiba keluar ulat dari isi ayam.

Geli lihat ayam goreng berkenaan keluar ulat

Melihat situasi itu, pastinya ia sangat menggelikan. Tidak dapat diketahui dari mana sebenarnya datang ulat-ulat tersebut memandangkan ayam berkenaan masih elok sewaktu dibeli. Menurut Siti Katijah juga, ayam berkenaan dibeli dari pasaraya dan baunya juga tidak busuk.

Ingat hari ni nk masak ayam masak kicap.. Tgah dok goreng ayam benda apa plk ni klur kot isi ayam tgok² ulat kecik²🤮🤮🤦‍♀️

ayam

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai komen dan reaksi dari warganet berkenaan dengan ayam tersebut. Ada yang sempat bertanya adakah tidak dicuci dahulu sebelum dimasak. Dalam masa yang sama ada juga yang mengatakan buang sahaja ayam berkenaan.

Ayam tu tak bau sis..

Malah ada yang mengatakan ulat berkenaan adalah beras atau yang jatuh sewaktu menggoreng. Tidak kurang juga ada yang sempat bercerita mengenai pengalaman yang hampir sama berlaku kepadanya serta keluarga. Sehingga menyebabkan mereka sekeluarga mengalami keracunan makanan.

Entah-entah nasi jatuh..

Di samping itu ada juga yang sempat berkongsi caranya mencuci ayam iaitu merendamkan ayam dengan tepung gandum dan garam terlebih dahulu.

Saya rendam kan dalam tepung gandum dan..

Masih tidak dapat pastikan lagi adakah itu ulat sebenar atau pun nasi yang jatuh saat menggoreng. Namun kalau berasa was-was buang sahaja ayam berkenaan walaupun tidak berbau busuk. Yang ada kat dalam tu kita tak nampak, bimbang nanti keracunan makanan pula.

Kredit: Siti Katijah Via MATJHN

Baca juga: Isteri Tak Pandai Masak, Goreng Ayam Sampai Hangit Tapi Suami Okay Je Kunyah

tags: