Sayur-sayuran merupakan antara makanan yang mempunyai pelbagai khasiat. Setiap jenis sayuran yang ada, pasti akan ada khasiat dan vitaminnya yang tersendiri. Kebiasaannya, sayuran seperti sawi, kubis, lobak, kangkung dan juga taugeh seringkali dimasukkan dalam masakan.
Masakan akan lebih enak dan berkhasiat jika dimasukkan aneka sayuran. Namun begitu, tidak semua individu gemar makan sayur. Ada yang mempunyai alergik dan ada juga yang memang semenjak dari kecil lagi sudah tidak makan sayur.
Bagi mereka yang tidak makan sayur pastinya mempunyai kesulitan saat makan di kedai atau pun makan di luar. Mungkin kadangkala kita boleh memesan supaya tidak memasukkan sayuran ke dalam makanan yang dipesan.
Akan tetapi, apabila kita lupa untuk menyampaikan pesanan tersebut atau pun makanan tersebut sememangnya sudah siap diisi dengan sayur, pastinya kita akan berusaha membuang sayur tersebut terlebih dahulu sebelum memakannya.
Seperti mana yang dikongsikan oleh seorang lelaki yang dikenali dengan nama Farez Adnan menerusi aplikasi TikTok berkenaan dengan kegigihan kakaknya yang mengasingkan sayur daripada makanan yang ingin dimakan.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat dengan jelas, kakaknya gigih asingkan taugeh dari mee sup yang dimakannya di sebuah kedai. Ekoran kegigihannya itu, Farez sempat memberitahu ” 10 minit pertama kau buang sayur je”.
Mana tidaknya, nak asingkan sayuran lebih-lebih taugeh bukanlah sesuatu yang mudah. Namun bagi mereka yang sama sekali tidak makan sayur tersebut pasti akan mengasingkannya walaupun mengambil masa yang agak lama.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat dengan jelas kakaknya mengutip satu persatu taugeh lalu diletakkan di atas tisu di tepi mangkuknya.
@farezadnanofficial Makan kt @Pattani Tom Yam ni mee celup sedap! Korang mcm ni juga ke? Geng tak makan taugeh!! @Jeon Lebekah
@farezadnanofficial Makan kt @Pattani Tom Yam ni mee celup sedap! Korang mcm ni juga ke? Geng tak makan taugeh!! @Jeon Lebekah ♬ original sound – Farez Adnan
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ada yang menyatakan, “kak kita geng, nampaklah kesabaran kita ni tinggi bila buang sayur”.
Malah bukan itu sahaja, ramai yang bersetuju dan membuat perkara yang sama saat jumpa taugeh dalam makanan.
Tidak kurang juga ada yang menulis, orang yang tak makan sayur ni penyabar. Kita dah habis sepinggan, dia masih duk asing sayur lagi. Dalam masa yang sama ada juga yang bertanya, kenapa masa buat pesanan tak cakap tak nak sayur.
Begitulah kegigihan setiap individu yang tak makan sayur. Walaupun perut dah berkeroncong, mulut meminta untuk disuap tapi diri tetap sabar menahan, masih gigih asingkan sayur satu persatu. Nasib boleh rakan semeja yang memahami, kalau tidak dah lama kena tinggal ni kan.
Sumber: TikTok Farez Adnan