Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Wanita India Suap Pesakit Melayu Makan Di Hospital, Kebaikan Itu Sentuh Hati Orang Ramai

Wanita India Suap Pesakit Melayu Makan Di Hospital, Kebaikan Itu Sentuh Hati Orang Ramai

Kategori: ,
wanita india

Di Malaysia, masyarakat berbilang kaum merupakan ciri penting dalam masyarakat. Setiap bangsa membawa warisan budaya, tradisi, bahasa, dan kepercayaan yang unik.

Meskipun terdapat perbezaan namun keharmonian dan toleransi antara pelbagai etnik merupakan satu ciri khas dalam identiti Malaysia.

Salah satu kisah yang menyentuh hati baru-baru ini adalah tentang seorang wanita India yang memberi makan seorang pesakit Melayu di sebuah hospital.

Wanita India Suap Pesakit Melayu Makan Di Hospital, Kebaikan Itu Sentuh Hati Orang Ramai

Menerusi video yang tular di laman Tiktok milik jamzapparels, wanita India atau nama sebenarnya C Anjala Devi, 63 tahun menyuap makanan ke mulut seorang pemuda Melayu di hospital.

Jelas kelihatan Anjala Devi dengan penuh kasih sayang menyuap makanan kerana pemuda tersebut menghadapi kesukaran untuk makan dengan sendiri.

wanita india

Tindakan itu mendapat perhatian ramai kerana sikap wanita india tersebut dianggap sebagai seorang ibu yang sangat prihatin dan baik.

Menurutnya dia melakukan sedemikian untuk meringankan beban pemuda itu mengikut apa yang termampu.

@jamzapparels

Saw him struggling to eat and my family got his back✨🥺 #hsa

♬ original sound – Tamil BGM – Tamil BGM

@jamzapparels Saw him struggling to eat and my family got his back✨🥺 #hsa ♬ original sound – Tamil BGM

Menjengah ke ruangan komen netizen, ramai yang mengatakan tindakan wanita berbangsa India itu sangat menyentuh hati kerana tidak mengira warna kulit.

“Terbukti rakyat Malaysia bersatu walaupun berlainan bangsa – Netizen 

“Ini yang kita semua malaysia perlukan bukan satu persatu. sebab makcik adalah orang yang menjadikan dunia tempat tinggal yang lebih baik”

wanita india

“Terima kasih makcik untuk kebaikan dan kasih sayang. Bila ada ehsan dan perikemanusiaan dalam hati, apa warna kulit, berlainan agama semua tak jadi hal. Kita bangsa Malaysia. Saya bangga menjadi orang Malaysia”

wanita india

Kisah ini mengingatkan kita akan pentingnya memelihara semangat saling menghormati, toleransi, dan saling peduli di tengah-tengah keberagaman.

Semoga kebaikan di atas kemanusiaan terus mengalir sehingga bila-bila.

Sumber: jamzapparels, Wau Poost

Baca juga: Resipi Air Asam Sedap Menyengat, Mesti Tambah 2 Bahan Ni & Gaul Bersama Baru Rasa Makin Mantap!

tags: | |