Disaat ada sebahagian yang masih mampu membeli barangan keperluan di pasaraya, namun ada juga sebahagian yang tidak mampu kerana terpaksa duduk sahaja dirumah tanpa ada sumber pendapatan.
Mereka yang tidak mampu disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan untuk membendung penularan wabak Covid-19.
Namun, masih ada insan yang bermurah hati meringankan beban orang lain.
Menerusi laman Facebok yang dimuat naik semalam 24 Mac, seorang wanita telah memberi sumbangan berupa barangan keperluan makanan.
Cara mendapatkannya mudah sahaja iaitu dengan datang ke rumahnya dan ambil sahaja beg yang berisi bekalan makanan tanpa prosedur.
Tindakan wanita ini telah tukar di Twitter apa ada yang memuat naik memuji tindakan mulia wanita itu. Dikenali sebagai Datin Zuaikha Mahar, wanita tersebut telah meminta agar sesiapa yang berhajat memerlukan barangan keperluan hanya perlu ambil sendiri di halaman rumahnya tanpa perlu memaklumkan kepadanya langsung.
Untuk hari ke-2, wanita ini juga membuat sumbangan kepada mereka yang memerlukan.
Namun, bantuan akan diberi rumah ke rumah sahaja.
Siapa yang memerlukan, boleh mesej beliau di Facebook.
Sumber: imrnadam, zulaikha mahar