Setiap orang pasti memiliki cara untuk berjimat, bukan? Lagi-lagi, ketika harga barang dan inflasi dunia yang tidak menentu, pasti kita akan berjimat sebaik mungkin.
Seperti sebuah video yang tular di laman TikTok, seorang wanita mengamalkan cara jimat dengan membawa nasi dari rumah ke restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC).
Dia hanya memesan ayam goreng dan makan bersama nasi putih yang dibawa dari rumah. Di situ, dia telah dapat berjimat dengan banyak dan hasilnya lebih mengenyangkan.
Melalui video berkenaan, wanita tersebut kelihatan malu-malu dan teragak-agak untun meletakkan nasi berkenaan. Lalu, ramai netizen yang komen untuk tidak berasa malu kerana hal itu terserah kepada kita untuk berjimat.
Video berkenaan tular dan menjadi perbualan ramai hingga mendapat 200 lebih tanda suka dan 2 ribu lebih komen orang ramai.
@tiaaaaaaaya #hehe😊 ♬ original sound – Faketravel 😜
Melihat ruangan komen, pelbagai reaksi dan pandangan yang dilontarkan netizen. Mereka juga berkongsi pengalaman sama tentang cara tersendiri mereka berjimat.
“Mengapa malu, saya juga kalau keluar makan pakai cara sendiri. Kan tujuan ke restoran buat makan. Semangat ya kak!”, kata seorang netizen dengan nama Rafli di video bawa nasi dari rumah dan makan di KFC berkenaan.
“Pernah buat macam ni. Lantak sana orang nak cakap apa. Janji perut kenyang hati senang,” komen netizen lain dengan nama Syeilaali.
“Okay lagi ni. Kawan saya siap bawak satu bekas nasi. Tak ada sorok-sorok,” kongsi Anis.
Melihat video bawa nasi dari rumah dan makan di KFC ini, lain orang lain caranya berjimat kan? Ada orang yang tak boleh tinggal nasi. Tak apa, asalkan itu tak salah caranya.
Sumber: Tia
Baca juga: Lelaki Ini Makan Kelapa Setiap Hari Sejak 28 Tahun Lalu, Ini Kisah Di Sebaliknya..