Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Hidangan Di Raja..”, Wanita Ini Masak Sup Ikan Koi Buat Warganet Terliur Dan Tertanya-Tanya Boleh Makan Ke ?

“Hidangan Di Raja..”, Wanita Ini Masak Sup Ikan Koi Buat Warganet Terliur Dan Tertanya-Tanya Boleh Makan Ke ?

Kategori:
masak sup ikan koi

Ikan koi merupakan ikan yang sering dijadikan perhiasan di sekitar kawasan rumah atau pejabat. Kebiasaanya Ikan Koi yang cantik ini boleh kita lihat di dalam kolam atau akuarium.

Disebabkan kita sudah biasa melihat ikan ini dijadikan perhiasan jadi apabila melihat ikan koi digoreng atau dijadikan sup ikan koi sebagai santapan memang agak pelik.

Berikutan sup ikan koi ini, ada seorang wanita memuat naik beberapa keping gambar berkenaan ikan koi yang telah dimasak dan dijadikan sup ikan koi ke dalam facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ini (MATJHI).

“Resipi turun temurun hidangan di raja, rasa ikan patin..”

Kelihatan sedap tetapi ramai warganet yang mempersoalkan sama ada ikan ini boleh dimakan atau tidak. Hal tersebut adalah kerana, ikan koi ini sangat mahal harganya sehingga ratusan ringgit seekor. Ada yang terliur dan ada juga yang geli.

Baru tau ikan koi boleh makan…

Abis la lepas ni naik harga ikan koi..

Ikan guppy…

Sumber: Amanda Omeychua

tags: