Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Air 50 Tapisan Gunung Ke..” Wanita Ini Kongsi Air Teh O Berharga RM10 Segelas, Warganet Terkejut Perut

“Air 50 Tapisan Gunung Ke..” Wanita Ini Kongsi Air Teh O Berharga RM10 Segelas, Warganet Terkejut Perut

Kategori:
segelas air teh o mahal

Sejak beberapa bulan yang lepas, pelbagai jenis barangan mula naik harga. Tidak kira sama ada barangan mentah, barangan basah mahu pun barangan kering. Antara salah satu sebab kenaikan barangan tersebut adalah berlakunya peperangan antara Rusia dan Ukraine.

Ekoran itu, sedikit sebanyak negara kita iaitu Malaysia juga turut terjejas. Kadang kala sedih apabila memikirkan ketua keluarga perlu mengeluarkan kos yang lebih banyak berbanding sebelum ini.

Malah disebabkan itu juga, para peniaga makanan dan minuman mula menaikan harga jualan mereka. Sejak dari itu, ramai dalam kalangan warganet yang mengadu di media sosial mengenai segelintir peniaga yang tidak bertanggungjawab kerana meletakkan harga yang terlalu mahal.

Mungkin sekadar mahu untung semata mata. Berkenaan dengan harga mahal ini, hal tersebut juga berlaku di kawasan pelancongan seperti di pulau, di kawasan tanah tinggi dan di mana-mana lagi tempat yang menjadi pusat pelancongan.

Orang ramai terkejut segelas air teh o berharga RM10

Makanan dan minuman yang dijual di sana bukanlah murah, malah boleh mencecah puluhan ringgit untuk setiap makanan dan minuman. Percaya atau tidak, namun itulah yang dikongsikan oleh nadiraridhuan menerusi aplikasi TikTok.

Sewaktu dia mengunjungi Bukit Tinggi, Pahang, Nadira telah memesan segelas air teh o. Sudah menyangka bahawa harga bagi minuman tersebut mahal memandangkan dia berada di tempat sedemikian rupa.

Sekadar ingin berkongsi dan menceritakan pengalamannya, harga bagi segelas air teh o adalah RM10. Teh yang digunakan bukanlah teh yang susah untuk didapatkan. Mana-mana pasaraya atau pun kedai runcit ada menjual teh tersebut.

Jika pergi ke kedai atau restoran biasa, harga bagi teh o panas paling tinggi RM1.50 sahaja. Namun disebabkan berada di tempat yang istimewa dan lebih-lebih lagi di kawasan tanah tinggi, nilainya menjadi terlalu besar.

Sempat berkongsi rasa dan teh yang digunakan dan menurutnya rasanya sama sahaja dengan air teh yang dibuat sendiri di rumah memandangkan restoran tersebut menggunakan teh lipton.

https://www.tiktok.com/@nadiraridhuan/video/7126506540516805915?_t=8UStROzi6Tq&_r=1

@nadiraridhuan Tapi masa order tu memang expect semahal tu sebab tempat tinggi kan. 😂 #pahang #fyp #fyppppppppppppppppppppppp ♬ Это любовь – Амирчик

Makanan sana agak mahal ye..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan.

Bukan sahaja ramai yang terkejut dengan harga tersebut namun ada juga yang menulis, makanan di sana agak mahal. Baik beli makanan dekat 7eleven bawa naik ke bilik. Ada juga yang menulis, makanan dalam 7eleven pun mahal.

Dia pakai kangen water tu, tu pasal mahal..

Dalam masa yang sama, ada juga yang berseloroh menyatakan, ni betul-betul pergi haji balik hari harganya, air 50 tapisan gunung ke? Tidak kurang juga, ada yang menulis, dia pakai kangen water tu, tu pasal mahal.

Apa boleh buat, memang makanan di sana mahal. Jadi buat korang yang nak bercuti ke sana, pastikan wang yang anda bawa mencukupi dan jangan terkejut dengan harga pada setiap makanan dan minuman yang dibeli.

Sumber: TikTok nadiraridhuan

Baca juga: “U Takde Perasaan Ke..” Wanita Bengang Kucing Dikurung Dalam Sangkar Tanpa Makanan & Minuman Hingga Kurus Kering

tags: | | | |