Untuk penikmat sardin, pasti korang pernah terfikir bagaimana ingin masak hidangan sardin dengan cara tersendiri pula kan? Asyik masak tumis pun bosan juga.
Jadi, untuk perkongsian kali ini, kami ingin berkongsi satu resepi sardin yang lain dari lain tau. Memang sedap kerabu sardin yang rasanya kaw dikongsi oleh Hamzah Zakaria ni sampai suami selalu puji.
Kena kerabu buat sardin ini cuba bagi yang belum merasainya lagi!
Wanita Ini Kongsi Cara Buat Kerabu Sardin Kaw! Suami Puji Sedap Hingga Cakap Boleh Jual
Bahan-Bahan:
- 1 biji bawang besar – potong dadu
- 2 biji timato – potong dadu
- 10 biji cili padi – hiris
- 1 biji limau nipis – ambil jusnya
- garam dan gula secukup rasa
Cara Penyediaan:
- Buka tin sardin dan ambil isinya sahaja. Kemudian goreng seketika. Angkat.
- Cincang isi sardin tadi dan campurkan dengan jus limau kasturi.
- Campurkan hirisan bawang besar, tomato, cili padi, jus limau kasturi, garam dan gula ke dalam bekas berisi cincangan sardin tadi. Sebatikan.
- Akhir sekali bila semua bahan sudah sekata dan perasa sudah cukup, masukkan bilis goreng.
- Kerabu ikan sardin sedia untuk dihidang dan dinikmati.
Dah siap kerabu ikan sardin kita! Bolehlah masak kerabu ini di rumah ya? Nampak sedap lain macam kan dengan perahan limau, hirisan cili padi dan bawang yang rangup!
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Selamat menikmati.
Sumber: Hamizah Zakaria
Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Cara Betul Masak Sambal Tumis Berlada Ajaran Arwah Nenek, Boleh Tahan Sampai 3 Minggu!