Ketam merupakan antara haiwan hidupan air masin dan air laut yang cukup digemari ramai. Terdapat pelbagai spesis haiwan ini sebenarnya antaranya Ketam Nipah, Ketam Bunga, Ketam Lumpur, Ketam Bakau dan Ketam Batu.
Ketam ini juga sangat sinonim dengan cengkerang yang kerasa. Oleh kerana itu, ada segelintir dari kalangan kita yang tidak gemar memakan ketam. Nak kena gigit atau ketuk dulu baru dapat makan. Walaupun begitu, rupa-rupanya ada juga ketam yang memiliki cengkerang yang lembut.
Ketam Kulit Lembut atau dalam bahasa Enggeris nya adalah Soft Skin Crab merupakan haiwan kehidupan air tawar dan air masin. Zaman sekarang nak jumpa ketam lembut ini sangat mudah kerana sudah ramai yang menternak dan memasarkannya.
Malah banyak restoran yang menjadikan ketam lembut ini sebagai menu utama. Lebih-lebih lagi di negara Thailanda dan Vietnam. Bukan sahaja menjadi makanan yang popular namun ia juga diternak secara besar-besaran di sana.
Tetapi tahukah anda mengapa ketam jenis ini tidak mempunyai kulit yang keras? Hal tersebut kerana ia melalui proses bersaling cengkerang sebelum dikumpul untuk dipasarkan.
Walaupun ketam lembut ini sudah banyak di pasaran di Malaysia namun begitu tidak ramai yang membelinya kerana tidak tahu cara menyiang dan memasaknya.
Rupa-rupanya cara memasak ketam lembut ini sama sahaja dengan masakan ketam biasa cuma cara menyiangnya sedikit berbeza. Malah lebih mudah jika dibandingkan dengan ketam yang mempunyai cengkerang.
Nak tahu cara siang ketam lembut ini? Jom kita ikuti perkongsian menyiang ketam dari emymellisa. Perkongsian tersebut sempat dimuat naik olehnya menerusi aplikasi TikTok. Ayuh kita belajar sekarang!
Kalau teknik di atas belum lagi anda semua fahami, ayuh kita sama-sama menonton video siang ketam tersebut di bawah ini.
@emymellisamohdkasim Masa bilas tu makesure bilas bersih-bersih & buang segala kotoran yang kita rasa perlu dibuang ☺️ #softshellcrab
@emymellisamohdkasim Masa bilas tu makesure bilas bersih-bersih & buang segala kotoran yang kita rasa perlu dibuang ☺️ #softshellcrab ♬ Little Things – Adrian Berenguer
Mudah sahaja kan nak siang ketam lembut ni? Bukan sahaja mudah nak disiang malah untuk dimakan pun lebih mudah. Jadi tidak menjadi masalah dah untuk anda yang malas nak makan atau menyiang ketam disebabkan cengkerangnya itu.
Tengoklah dalam video berkenaan, nampak lembut sahaja ketam tersebut. Pasti sangat mudah untuk dimakan. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita pergi cari Ketam Lembut ini dan masak sekarang. Buat masak lemak cili api sedap juga ni kan?
Sumber: TikTok emymellisa
Baca juga: Anak Nelayan Dedah 6 Tips Pilih Ketam Isi Padu & Penuh Telur, Baru Puas Hati Makan!