Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Ingat Roti Canai,” Akibat Sahur Sendirian, Wanita Ini Kongsi ‘Kesan’ Suami Tanpa Isteri Di Sisi

“Ingat Roti Canai,” Akibat Sahur Sendirian, Wanita Ini Kongsi ‘Kesan’ Suami Tanpa Isteri Di Sisi

Kategori:
akibat suami sahur sendirian

Buat sesetengah orang yang sudah berkahwin, si suami sangat memerlukan si isteri dalam kehidupannya seolah-olah menjadi ‘anak kecil’ yang tidak mengerti apa-apa dan begitu juga sebaliknya buat isteri.

Jika dibiarkan suami sendirian, akan ada sahaja telatah yang melucukan berlaku. Seperti perkongsian oleh Nashrah Azmi yang berkongsikan gelagat lucu suami apabila sahur bersendirian tanpa isteri.

Si isteri menceritakan terlihat sesuatu yang disangka kain buruk di singki. Tiba-tiba si suami mengaku ‘salah’ kerana dia telah masukkan pinggan plastik ke dalam oven untuk dipanaskan tanpa menyedari kesan yang bakal berlaku.

Kesan daripada itu, pinggan plastik telah mencair akibat suhu panas dan bertukar kepada bentuk yang ‘unik’ seolah-olah seperti roti canai dan perut lembu!

Netizen juga tidak ketinggalan meninggalkan komen yang mencuit hati kerana terhibur dengan perkara tersebut!

“Suami perlukan isteri untuk sedia juadah sahur..”

“Ingat roti canai..”

“Boleh buat piring terbang main petang-petang..”

Sumber: Nashrah Azmi

tags: | |