Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Wanita Ini Kongsi Pengalaman Ditipu Restoran Shawarma Bukit Bintang, Guna Taktik Licik Tipu Pelanggan. Netizen Lain Cerita Benda Sama

Wanita Ini Kongsi Pengalaman Ditipu Restoran Shawarma Bukit Bintang, Guna Taktik Licik Tipu Pelanggan. Netizen Lain Cerita Benda Sama

Kategori:
Shawarma Bukit Bintang

Baru-baru ini, tular berkenaan sebuah restoran shawarma ataupun kebab yang popular di Bukit Bintang dengan isu influencer yang dikaitkan dengan pretty privilege lalu mendapat shaawarma percuma.

Lalu, timbul isu baharu yang mengatakan restoran kebab berkenaan menggunakan taktik licik untuk menipu pelanggan melalui sebuah perkongsian yang dikongsi oleh seorang pelanggan.

Wanita Ini Kongsi Pengalaman Ditipu Restoran Shawarma Bukit Bintang, Guna Taktik Licik Tipu Pelanggan. Netizen Lain Cerita Benda Sama

Shawarma Bukit Bintang

Perkongsian video daripada pengguna TikTok, DakAjlaa66 itu memberitahu orang ramai agar berhati-hati jika membuat pembayaran shawarma di sana dengan menggunakan kad kredit/debit.

Ini kerana, cas lebih mungkin dikenakan jika pelanggan tidak membuat semakan semula dan melihat resit mereka setelah selesai pembayaran. Menurutnya, tukang cashier akan mengenakan jumlah yang tidak masuk akal di atas pembelian shawarma yang menggunakan kad.

“Perghhh, beli 2 regular shawarma add on humus for both. Tapi dia pergi caj RM98 woi. Nasib mata aku cepat and perasan tengok dengan mesin tuh. Walhal harga untuk 2 tu baru RM29.80. Melampau erk,” tulis pelanggan Shawarma Bukit Bintang berkenaan berkenaan pengalamannya pada November tahun lepas.

Beli 2 Shawarma Dicaj RM98, Harga Sebenar Hanya RM29.80

Shawarma Bukit Bintang

https://www.tiktok.com/@dakajlaa66/video/7170912748459642138?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098174310049957378

@dakajlaa66 Perghhh.. Beli 2 REGULAR SHAWARMA add on humus for both…tp dia pegi caj RM98 woiiii…nasib mata aku cpt n prasan tgk dgn mesin tuhh. walhal harga utk 2 RS Tu bru RM29.80..melampau ek ! #fypシ #masukberanda #kesahnya #ceritasemalam #shawarmaviral #damacusbukitbintang #lastbutnotleast #syajlaadansytidaksombong ♬ original sound – DakAjlaa66

Melihat kepada ruangan komen, pendedahan berkenaan mendapat maklumbalas yang hampir serupa daripada pelanggan-pelanggan lain yang pernah membeli di situ.

“Seriously, patutlah hari tu beli 3 ayam 3 daging RM160,” kata netizen bernama NAF.

“Patutlah harini 90 lebih terbang. Padahal beli 2 je,” komen netizen lain bernama Izzaty tentang pengalaman membeli kebab di salah sebuah restoran shawarma Bukit Bintang.

Netizen Kongsi Pengalaman Sama

Shawarma Bukit Bintang

Selain itu, ramai juga netizen menggalakkan agar menggunakan cara pembayaran pin, bukan paywave untuk melihat jumlah pembayaran di mesin kad tersebut.

“Better guna pin masa bayar boleh tengok amount,” kata Cik Zanna.

“Betul, kalau nak paywave make sure cashier masukkan harga yang betul. Dekat mana-mana pun,” komen Faizal.

Berhati-Hati Masa Buat Pembayaran Kad, Elak Guna Paywave

Shawarma Bukit Bintang

Semoga pihak berwajib segera turun dan siasat perkara sebenar samada kejadian ini sahih atau sebaliknya. Apa-apa pun sebagai pelanggan, berhati-hatilah membeli walau di mana sahaja anda berada.

Sumber: Dakajlaa66

Baca juga: “Kami Dibayar..”, Gadis Ini Dikecam Netizen Kerana Pikat Pekerja Shawarma Bukit Bintang Demi Makanan Free, Tampil Bagi Penjelasan Kisah Sebenar

tags: | |